Kadang2 terfikir ada apa aku nak buat kalau dah tak kerja, selain niaga kerisik apa lagi yang aku boleh buat. pelihara kambing tiada kawasan, Pelihara ungas ? ok juga hanya sekeliling kampung sahaja. akhirnya aku cuba ayam dan puyuh.
Sudah hampir setahun aku berkecimpung dalam peliharaan puyuh, kenapa puyuh aku pilih untuk ternak jika pencen nanti. Ramai orang kata pelihara puyuh jenuh angkut dedak, sebenarnya salah tanggapan tu. untuk kawal makanan dia kita perlu bagi ikut sukatan dan masa tertentu, jika kita letak makanan tak ikut sukatan dan masa itulah yang menyebabkan ada perkataan jenuh angkut dedak.
Bagi menimba ilmu aku masuk live orang2 yang dah berjaya dalam industry puyuh dapatkan tip tip cara peliharaan dari penetasan telor sahingga la pungut hasil. Alhamdulillah kini kini puyuh aku dah 300 ekor dalam suatu masa, menghasilkan pendapatan sampingan dan aku kata pada anak2 aku ni ATM mesin jaga elok2 hari - hari boleh tekan duit. Sekarang hasilnya dah mencapai sehari RM 20, bayangkan kalau aku pelihara 500 ekor.
Ada seorang sahabat aku Rohana dia memaklumkan kepada aku bahawa dia ada maklum pada jabatan haiwan tentang usaha yang aku sedang buat, Dia pula sedang pelihara kambing dia sarankan aku ke Jabatan Haiwan untuk aku besarkan lagi usaha aku dan mendapat bimbingan dan bantuan dari kerajaan . Idea yang bagus, cuma aku masih tidak berkesempatan untuk ke Pejabat berkenaan, insyaallah akan aku usahakan untuk mendapat pandangan dan bantuan Jabatan bila kelampangan.



