Thursday, May 20, 2010

Ubur-Ubur (Star Wars)

Ubur-ubur (juga dikenali sebagai ampai-ampai) merupakan haiwan yang tergolong dalam filum cnidaria, termasuk dalam kelas biologi skifozo. aku ingatkan semua ubur2 tinggal di laut( air masin ) rupa-rupanya ada yang tinggal kat air tawar.

Bentuk ubur2 dewasa terdiri daripada 95-99% air. Kesemua spesies terdapat di kesemua lautan dunia, kecuali beberapa spesies yang tinggal di air tawar. Tapi gambar ubur2 yang aku ambil ni semuanya kat laut, kawasan tempat aku lepak2. Ubur2 ni terapung bebas yang makan ikan dan zooplankton kecil yang terperangkap dalam sesungut mereka. Ubur2 mempunyai sistem penceranaan yang tidak lengkap, bererti bukaan yang sama digunakan untuk memasukkan makanan dan mengeluarkan najis.Yang menarik perhatian aku untuk cerita tentang ubur2 ni bukannya pasai apa, ada seorang kawan kat tempat kerja aku kata, ubur2 ni nampak macam kapal perang dalam filem star wars,,,,,tapi betul juga aku tengok, cuba kita pakat2 pi kelaut dan tengok dalam kuantiti yang banyak, memang betul la, otak dia ni memang otak katun dan sains fiction, tu belum masuk lagi cerita kalau rasaksa tiba2 muncul kat tempat aku. Apa aku nak buat? mai kita pakat2 fikir...he3

Ubur2 ni berenang dengan kuasa denyutan yang dikawal oleh otot-otot dan sarafnya. Alat pengimbang udara yang terdapat pada tubuhnya membolehkan ia terus terapung atau tenggelam. Sesungut yang terdapat pada ubur2 digunakan sebagai senjata dengan menyengat mangsanya. Ikan dan juga manusia boleh menjadi lumpuh jika terkena sengatan ampai-ampai ini.Untuk rawatan kecemasan yang selalu kami amalkan apabila ada sapa2 yang tekena ubur2 kami letakan cuka. Ala cuka yang kita buat masak tu, jangan hampa pi letak cuka getah pulak.

Ubur2 ni kalau waktu aku duk pi ke laut dulu,( rawa udang ) lagi banyak masuk pukat aku, udang pun waktu tu la yang nak banyak. dah berat sepasai nak angkat dia dari pukat, gatai lagi satu pasai, itu belum masuk beronok lagi, tapi dah itu memang kerja aku sebagai nelayan terpaksalah, waktu tu aku masih lagi bersekolah, sedih kalau aku ingat waktu tu. Apapun aku bersyukur, "alhamdulillah". Nanti lain entry aku cerita tentang beronok pulak,,,

Wednesday, May 19, 2010

Lubuk Semilang

Setelah dua minggu aku tangguhkan plan untuk bawa anak-anak pergi berkelah akhirnya pada sabtu minggu ketiga aku pun meluangkan masa bersama keluarga dan sepupu2 aku pergi berkelah di 'lubuk semilang', untuk makluman bukannya lubuk ikan semilang yang kat dalam laut tu,,,ini nama tempat la,,,,

Perghhh punya banyak air sampaikan wakaf tempat aku sekeluarga lepakpun dinaiki air, sejuk tak payah cerita la, air bukit katakan, ikan bukit punya banyak sampai celah2 tiang wakaf pun dia berenang, nasib baik lintah bukit tak nampak, kalau nampak mesti tangkap punya boleh bagi kepada kawan aku yang suka sangat jual ubat tradisional.
Boleh dia buat minyak......tapi kalau dia buat pizza haaaa, kacauuuu. aku bagi boss aku try hehehehe...



Yang sorang ni pun satu haru, aku nak tangkap gambar ikan yang dia tutup muka pasai apa,,,,,,air naik dah keliling tempat bara api aku dah nasib baik sempat masak ikan aku.

Habis dengan periuk belanga orang rumah aku bawa. berkelah sunguhhh.
Tak mengapa asalkan aku bahagia disamping keluarga yang tersayang.
Jadi masa2 beginilah aku kena manfaatkan sepenuhnya.
Dah letih mandi dan makan lebih kurang pukul 1 tgh hari aku pun beransur pulang sebab anak aku yang kecil tu dah nak lena laaaa. tapi bila pulang aku yang lena dulu dari depa,,,he3

Wednesday, May 12, 2010

Wahai Burung

Burung Bangau sedang menikmati keindahan di waktu matahari terbenam.

Burung bangau dan burung layang2 di alu alukan kehadiranya di kawasan tempat kerja aku,sehinggakan kami menyediakan tempat untuk dia makan, tetapi satu masalah apabila burung2 ini melepas, maka tukang cuci seperti akulah yang kena cuci, mahu berpeluh satu badan, aku ingat nak minta kat aku punya boss untuk buat toilet kepada burung-burung ini.

Tapi kalau aku kena cuci sebelah petang, dapatlah aku menikmati pemandangan ketika matahari terbenam.


Sambil memerhati matahari, aku terasa sedih kerana melihat pergerakanya yang begitu cepat meninggalkan waktu siang, begitulah juga dengan hidup aku.




Tuesday, May 11, 2010

Merawat Hati


Jangan sekali-kali mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain.Cukuplah pahala dari Dzat tempat bergantung segala makhluk. kita tidak perlu takut terhadap orang yang kufur, pendendam dan iri hati.

Jika kita sedang marah, janganlah berbicara. Mohonlah perlindungan Allah dari gangguan syaitan dan ubahlah posisi , jika kita marah sedang berdiri, maka duduklah, jika masih marah, berwudhuklah, dan perbanyakkan zikir pada Allah.Jangan sekali-kali kita putus asa dari pertolongan Allah. Dan jangan putus harapan dari rahmat Allah. Jangan lupa akan pertolongan Allah sebab pertolongan Allah akan turun dengan dengan derita yang dialami.Kebaikan yang tersembunyi di balik sesuatu yang kita benci terkadang lebih banyak daripada yang ada dalam sesuatu yang kita sukai, kerana kita tidak mengetahui akibat yang akan terjadi, Betapa banyak kenikmatan yang tersembunyi dalam kesulitan dan betapa banyak kebaikan yang ter-sembunyi di balik baju keburukan.--

Jangan menampal dunia dengan mengoyakkan akhirat.
Janganlah menjadi begitu masin..sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku terlampau manis, sehingga mereka menelan dirimu begitu saja...

Have a unique character like saltits presence is not felt but its absence makes things tasteless.
sumber : TTS