Wednesday, July 27, 2016

Berazam @Cita - cita @ Niat

 Sudah berada dalam mood cuti panjang/ bertugas, Alhamdulillah syukur pada Allah, Insyallah dengan izin - Nya, nama telah dipilih untuk disenarai pendek untuk calon bertugas di tanah suci bagi tahun 1437 H / 2016 M. Insyallah jika tiada sebarang halangan 1/8/16, akan bergeraklah aku bersama rakan seperjuangan ke Tanah Suci Makkah. Bila di tenung kebelakang.......
  Semua Umat islam berazam untuk sampai kesana bagi mengerjakan ibadat haji atau umrah. Aku juga adalah salah seorang yg berazam untuk kesana.  Pada 2010 apabila aku berkawan dengan seorang mamat yg baru sahaja balik dari Makkah yang telah bertugas di sana agak lama. Setiap hari beliau menceritakan tentang Makkah dan Madinah. terima kasih BOSS , Hati ku menjadi lebih kuat berazam untuk kesana. Sejak dari itu aku pun pasang niat, alhamdulillah walaupun wang masih tidak mencukupi tetapi semua ini adalah perancangan dari Allah.

"Ya Allah permudahkanlah segala urusan hamba mu ini sama ada di tanah air ataupun di tanah suci mu ya allah "

 Rezeki aku dijemput kali ini agar aku tidak tersasar jauh dari landasan dengan berbaki umur yang ada, aku harus manfaatkan  setiap saat aku disana disamping tugas yang perlu dilaksankan. dan setelah kembali ketanah air.. Kepada keluarga insyallah kalau umur panjang bulan 10 balik le ke malaysia,,,
Gambar sekadar hiasan 
Syukur yang tak terhingga