Tuesday, June 5, 2018

Coordinator

 Semasa aku mula ceburkan diri dalam bidang hotel ( The Andaman ) sebagai linen porter, aku tengok banyak ketogeri jawatan dalam department aku, yang aku nak cerita adalah jawatan coordinator yang mana pada masa itu di pegang oleh Azizi , seorang ank muda yang berasal dari perlis. pada masa tu dia ni adalah orang no 3 dalam jabatan aku selepas Asst exec houskeeper. dan atas dari senior supv. kadang2 aku rasa aku pun nak jadi macam tu, tapi aku kena usaha la. Azizi pun dah berhenti rakan2 lain pun dah ramai yang pindah tempat kerja baru, aku masih lagi di The Andaman, aku mengorak langkah dari satu tangga ke satu tangga, Sehinggalah Supv. Jiwa muda aku masih lagi tidak puas dan memberontak untuk mencari kerja baru dgn gaji yang lebih tinggi seperti mana rakan2 yang lain seperti Azizi, Zack dan Zaini. Dan pada masa tu juga aku baru sahaja mendirikan rumah tangga. 

Awal tahun 2002 hotel langkawi lagoon akan dibuka pengambilan staff baru telah dilakukan, aku pun dapat tawaran bekerja di Langkawi lagoon, sekali lagi aku digandingkan dgn azizi yang mana dia memegang jawatan coodinator (iaitu asst kepada exec housekeeper) mana kala aku Senior Linen (gaji lebih dari tempat lama) hehehe

Masa silih berganti akhirnya azizi, dee , mat jan semua coordinator aku telah berhenti dan mendapat peluang yang lebih baik, akhirnya managment telah bersetuju aku diberi peluang memegang jawatan Coordinator. itulah lah jawatan terakhir aku di langkawi lagoon. 

Jawatan ini lah yang menjadikan aku kontrovesi ditempat kerja  sekarang yang mana staff aku beranggapan, coordinator itu hanayalah jawatan sebagai kerani sahaja dan aku tiada pengalaman sebagai penolong ketua jabatan atau pun ketua jabatan. Itulah orang muda yang  tak nak belajar susun galur jawatan dalam bidang hotel ni. lain tempat lain nama jawatan dik nun oiii. 

Berbekalkan pengalaman yang ada aku sedikit pun tidak merasa marah atau pun berdendam kepada staff yang telah beranggapan sedemiakian, aku mengambil pendekatan untuk menyelam isi hati depa dan selalu ambil berat tentang mereka. Akhirnya seorang demi seorang staff yang buat surat layang kepad HQ tu berhenti. ini mungking akibat dari falsafah melayu ada berkata örang bagi taik, kita balas bunga"

Sehingga sekarang hanya tinggal dua orang lagi staff dalam kumpulan yang buat surat layang tu masih bertugas dibawah seliaan aku, maksudnya 11 org lagi dah berhenti. hehehe Allah Huakhbar . 
Allah itu maha adil , bila aku terjumpa kad pekerja di langkawi lagoon ni aku pun teringat balik la kisah budak2 aku. aku doakan agar mereka berjaya dalam apa jua bidang yangg mereka ceburi.
Aaminn . 



(Penyamun) Masa ni rambut penuh lagi .