Monday, May 13, 2019

Aku Tukang Kemas

                                         
Alhamdulillah sejak kecil aku dah terdedah pada kerja- kerja rumah, memasak dan mengemas rumah, tapi bila aku cerita pada anak-anak aku mereka akan kata ' ayah cendoi ni' maksud cendoi tu bagi anak2 aku adalah bohong, hehehe. Mak dan ayah aku memang dah ajar kami (aku dan man) untuk kemas rumah pada zaman tu, oleh kerana aku abang tanggung jawab tu dah tentu kepada aku. 

 Sekitar tahun 89/90 Apabila mak dan ayah ke padang (bendang) awal pagi, dan man masih lagi sekolah rendah, aku (sek men ) bersekolah petang, kerja mengemas dan memasak akan dilakukan oleh aku sementara menunggu untuk kesekolah, masak tu tak la macam masakan yang ada sekarang hanya sekadar masakan asas sahaja, iaitu Masak Nasi, goreng lauk, sayur garam belacan, dan part yang paling aku suka sekali giling cabai kering, menggunakan batu giling mak, mungkin sabab budak2 lagi kut dan syok main hehehe. itu je la menu kami kalau nak sedap sikit mak akan buat ramuan rempah gulai suruh aku giling balik padang dia akan buat gulai dan masakan lain jika ada. heheheh

Selesai menyimpan dan masak di rumah apa yang patut aku akan kerumah ndak Dah dan pak ndak yusri  pula untuk sapu sampah dan masak nasi untuk dia, walaupun bukan hari2 tapi apa bila dia pi padang dan dia tak dan aku akan pi la, Tahu kenapa aku suka pi masak rumah ndak ? hehehe setiap kali dia boleh upah menyulam padi dia akan bagi kat aku paling sikit RM 5 hinggit ,,, hahahaha banyak oii lima hinggit, boleh makan nasi ayam kentin pak ca 😂😂😂😂😂 perkara kedua yang best adalah hehehehe rumah ndak banyak URTV, macam macam cerita artis ada dalam tu dan setiap majalah akan ada poster artis, Tapi zaman sekarang orang dah tak baca dah majalah macam dulu, dunia sudah moden macam2 adaaaa..(FB IG dan sebagainya)  
Rumah Paktih pula aku tak perlu kemas sebab mak tih ani ada, hehehehe 

                               
   Istana kami dinding pun tak penuh papan berkas je (tengah)
   Istana Pak ndak agak sempurna sikit tapi ruang serami dapur papan berkas juga (kiri)
   Istana Pak Tih berdindingkan papan berkas dan berlantaikan tanah dilapi tikar getah (kanan)    
                                     
Bila difiirkan balik mungkin dulu suka mengemas, tu yang sekarang aku kerja sebagai tukang cuci tu hahaha, tapi sejak kahwin aku dah tak pernah mengemas dan masak dirumah,( kalau ada pun tak banyak)  semua tugas tu diambil alih oleh isteri dan anak2 , mungkin juga ini lah masa proses pembelajaran bagi mereka bagi menghadapi masa depan mereka. 

                                         
Inilah wajah2 kami ketika itu, yang mana dalam gambar ni semuadah tua2 belaka dah dan mempunyi anak dah (cuma tok mat je belom ada rezeki , isnyaAllah tok mat Allah dah rancang sesuatu tu, Jgn berhenti berdoa) 

Saturday, May 4, 2019

Memori Anak Laut 2

Jom kita kelaut 

Pada 1989 dikala usiaku mencecah 13 tahun, pengalaman aku sebagai anak nelayan makin mencabar,
pada usia ini aku baru mengenal erti keperitan nelayan yang kelaut untuk memukat ikan. 
kalau diceritakan tentang saiz aku ketika itu memanglah kecil. 

Selepas pulang dari sekolah (Khamis) pada pukul 6.30 ptg aku akan bergegas pulang, tak kisahlah dengan ayah  atau pun bas aku akan balik secepat mungkin, mata aku akan memerhati kearah pelantaq ikan memerhati sama ada perahu masih dipengkalan, kerana aku tahu ada seorang lelaki sedang menunggu aku untuk diajak kelaut, terutama sekali jika hari khamis dan dan hari cuti sekolah. Mungkin mak dan ayah aku membenarkan aku kelaut pada mlm hari pada masa itu adalah kerana :- 

1. lelaki itu pak sauadara aku adik mak (arwah nyang Hassan)
2. mak nak aku tahu erti kesusahan dan memang kami susah
3. ada sedikit upah untuk aku selepas jualan ikan(walaupun tak banyak) 

Ya memang tak banyak yang dapat aku membantu beliau dalam kerja semasa kami dilaut hanya sekadar tarik pukat dibahagian kajaq pelampong sahaja kerana itu lebih ringan,kadang kadang lepas kajaq pelampong aku dah tak boleh kerja sebab muntah, hehehe. 
bila pukat mengena ikan yu pula aku sekadar tengok sahaja beliau memegang ekor ikan untuk ditarik naik kedalam perahu. ada diantara ikan yu yang kami dapat melebihi saiz badan aku dan lebih panjang dari aku. 

Sebenarnya walupun aku anak laut dan kelaut sejak kecil aku ni mabuk laut (sehingga sekarang). selepas melabuhkan pukat semasa menunggu untuk ikan mengena aku akan tidur dan cuba lena di haluan perahu,, kadang2 sampai muntah, tapi arwah tetap tunggu aku jika aku cuti sekolah untuk bantu dia , aku rasa mungkin arwah berfikir dari dia bagi upah pada orang lain baik bagi pada anak menakan dia sendiri. 

Pengalaman ini akan kuingat selagi terdaya, kerana pengalaman ini juga membentuk sasiah diri aku. 

Allahhuakhbar tak ternilainaya pengalaman ini. ❤❤❤😭😭😭😭😭

Sunset dari Kuala Tunjang 
kadang2 senja seperti ini aku sudah berada dilaut 


Birut masih kelihatan walaupun sedikit 


Pemandangan ini aku akan perhatikan dulu  sama ada perahu arwah masih disitu, Sehingga sekarang aku masih meraskan arwah masih ada kat atas pelantaq itu walaupun aku sedar arwah sudah tiada.



 Setelah dua atau tiga kali pukat dilabuh kami pun akan beransur pulang dengan hasil tangkapan yang tidak seberapa, dipelantar itu dan dalam perahu lah ikan akan disimpan sehingga hari cerah. esok pagi arwah akan pergi ambil ikan untuk dijual.

Betapa selamat dan amanya kampung ketika itu jarang dengar kes kecurian hasil laut ,, tapi kalau kecurian ternakan lain ada laa  tak sehebat hari ini, sehinggakan (tak boleh lepa apa) kata org kedah.

Setelah mendapat hasil jualan arwah akan bagi duit upah pada aku mungkin pada masa ini upah itu sedikit tapi memang besar pada aku dan keluar pada masa itu. ada masa dapat RM 20  ada masa RM 50 lebih aku dah senyum sampai telinga.




Al Fatihah untuk Arwah Nyang Hasan . 
Tegas dan adil dalam menghukum kesalahan kami. semua dia tibai (rotan) kalau salah tak kira anak sapa ... 
selalu mengusik wawa n angah , itu membuatkan budak2 tu ingat kat dia sampai sekarang.
Semoga Arwah ditempatkan bersama para Solehin 

Bila melihat air bergelora di pintu tandop, perasaan dalam hati dan memori aku akan turut bergelora  mengenangkan kehidupan lampau kami semua yang bergelar anak laut. 



Terima Kasih pada tuan punya gambar,, 
nanti aku akan cerita pula pasai sungai sebelah sini pula yang menjadi sumber air kami satu ketika dulu .