Friday, May 22, 2026

Ustaz Abdul Somad


Beginilah bila kerja hotel bermacam orang aku temui dari ulama , artis , negarawan dan ahli polilik Kali ini sekali lagi Ustaz Abdul Somad telah datang menginap di tempat kerja aku, seperti biasa aku akna tunggu dilobby untuk menyambut ketibaan beliau dan rombongan.

                                      




Sehari Sebelum ketibaan Ustaz aku bertanyakan kepada Cik Mie adakah dia berhajat untuk Tahnit anak dia (Ismail), Setalah Cik Mie bersetuju berjumpa dengan Ustaz, aku pun membut temujanji memalui Dato Kamil, bahawa aku akan membawa anak saudara aku untuk di Tahnit kan oleh Ustaz. 



Alhamdulillah pada hari ketibaan Ustaz Abdula Somad Cik mei dah bersedia menuggu Ustaz Abdul Somad dibilik. Semua  berjalan dengan lancar setelah selesai aku mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Abdul Somad dan Dato Kamil. 
Aku berharap Ismail akan menjadi anak yang solleh dan membanggakan kami sekeluarga.


Ini merupakan salah satu kelebihan bekerja dalam bidang hotel, selagi kita tak menggangu tetamu kita boleh bergambar dengan mereka. Cuma kadang kita cuma perlu tahu masa yang sesuai sahaja untuk minta izin bergaambar. 


 



Sunday, May 17, 2026

Lan Kelantan


 Lan Kelantan nama gelaran yang sinonim dengan budak budak dari kelantan , Nama sebenar beliau adalah Mohd Adlan Bin Awang Mat Amin. 

   Lan kelantan adalah seorang susuk tubuh yang pada masa mudanya sangat aktif bersukan dari sukan bola sepak, badmintan , bola pantai dan sebagainya beliau sangat aktif, Sejarah perkenalan aku dengan dia adalah sekitar tahun 1999 ketika kami sama sama kerja hotel di Langkawi. Beliau adalah yang rajin bekerja cuma kelemahan beliau adalah susah nak bangun, Semasa dia tinggal di kuarters jika kerja pagi acap kali akan adalah rakan sekerja yang kena kejut beliau untuk ketempat kerja, Tetapi tidak lama beliu telah pindah kerumah sewa bukit nau bersama Dee. 

Masa berlalu aku pun dah kahwin pada tahun 2001, sementara aku belum membawa isteri tingal bersama beliau duduk bersama dengan aku , tidak lama selepas itu isteri aku pun pindah kerumah aku , maka lan pun duduk lah di kuaters kembali.

Fasa aku berumah tangga dan ada seorang anak, dah tentu ada pasang surutnya lan kelantan yang banyak membantu aku, adakala aku terputus pampers anak lan kelantan lah yang membantu. Jasa beliau kepada keluarga aku tidak dapat dibalah dengan wang ringgit.  

     


                                                        Lan Sedang memegang kakak 


Ada suatu petang dekat dengan magrib  lan datang dengan tidak semena mena kakak menangis terasak asak seolah olah melihat sesuatu. Tanpa memasuki rumah lan seakan faham bahawa beliau baru saja keluar dari hutan datai berkemungkinan ada benda halus yang mengikut beliau. Lan pun tidak masuk kerumah  dan terus dengan aktiviti beliau. 

                                      
         
Aku dan Lan Sewaktu menoton perlawanan akhir Piala Malaysia kalau tak salah pada tahun 2016. kini Lan sudah tiada mengadap yang Maha Esa, Semoga Roh beliua ditempatkan bersama para solehin.
                                                                    
Kini yang tinggal hanya kenagan bersama arwah sahaja. Semoga anak arwah menjadi Anak2 yang Solehah.

                                     Al Fatihah dibaca untuk Arwah Lan