Beginilah bila kerja hotel bermacam orang aku temui dari ulama , artis , negarawan dan ahli polilik Kali ini sekali lagi Ustaz Abdul Somad telah datang menginap di tempat kerja aku, seperti biasa aku akna tunggu dilobby untuk menyambut ketibaan beliau dan rombongan.
Sehari Sebelum ketibaan Ustaz aku bertanyakan kepada Cik Mie adakah dia berhajat untuk Tahnit anak dia (Ismail), Setalah Cik Mie bersetuju berjumpa dengan Ustaz, aku pun membut temujanji memalui Dato Kamil, bahawa aku akan membawa anak saudara aku untuk di Tahnit kan oleh Ustaz.
Alhamdulillah pada hari ketibaan Ustaz Abdula Somad Cik mei dah bersedia menuggu Ustaz Abdul Somad dibilik. Semua berjalan dengan lancar setelah selesai aku mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Abdul Somad dan Dato Kamil.
Aku berharap Ismail akan menjadi anak yang solleh dan membanggakan kami sekeluarga.
Ini merupakan salah satu kelebihan bekerja dalam bidang hotel, selagi kita tak menggangu tetamu kita boleh bergambar dengan mereka. Cuma kadang kita cuma perlu tahu masa yang sesuai sahaja untuk minta izin bergaambar.
No comments:
Post a Comment