Sunday, June 28, 2026

Santai Pagi


Hari ni aku masuk kerja lambat sikit jadi berkesempatan sarapan pagi kat luar, macam biasa kereta dipandu tanpa arah lagi sama ada kopitiam, mamak atau jitra, sampai simpang fikiran terus fikir jitra roti canai mutalib.  


                                           
                                                             untuk anak anak aku 
                               "Impian hanya akan menjadi realiti bila kita berani bertindak."


Manu yang tertarik disini adalah roti gear box .. gear box dia dimasak gulai cara kampung memang padu. tapi aku tak makan la sekarang, dulu2 makan la, atas faktor kesihatan, pemakanan dah mula kena jaga. maklum la dah berumur ni macam2 penyakit ada,, hahaha

               

Sekarang ni banyak kalau keluar sudah tidak berlima sama ada bertiga atau pun berdua sahaja dengan isteri aku. maklum la anak2 dah besar2 jadi boleh la bersantai2. Tapi ini lah hasilnya bila iseri dipaksa ambil gambar aku , ini lah kejadianya hahaha. Habis makan terus pulang siap masuk kerja, nanti kita ngopi lagi yer. 

28/06/26







Saturday, June 6, 2026

Kuantan


Sekitar tahun 2011-2013 aku telah berpindah tempat kerja. Alhamdulillah kali ni aku berjumpa dengan orang baik baik belaka. Semua sangat membantu. Dari pihak pengurusan hingga la ke staff.
Awal kerja aku hanya diberi jawatan Assistan Exec sahaja. Berkat pengalaman sebelum ni. Bakat aku di berhatikan oleh pihak pengurusan. Alhamdulillah. Aku ditawarkan jawatan Exec Housekeeper. 
Semasa bekerja zuraini laila sufian shukri nurlina ain julaina banyak membantu. 
Jasa org kuantan mmg tk dapat aku balas. 
Alfatihah. Utk Kak Dee. Operator. Baik orgnya. Semoga beliau ditempatkan bersama para solehin. 

Monday, June 1, 2026

Taklimat kepada Pelajar

 Ketika memberi ucapan kepada pelajar kolej Taj. 

Selalu Aku pesan kepada budak yang datang bertanyakan apa kreteria yg diperlukan untuk mencebu bidang ini..
1. Minat
2. Ilmu
3. Kesabaran
4. Cita cita
5. Amanah 
Banyak lagi kalau nak dihujahkan. Tapi ini merupakan perkara asas. 
Bila orang tengok kejayaan sesorang. Dia pun bercita cita nk jadi mcm org itu. Tapi kita kena sedar. Kejayaan tidak akan dalam satu malam punya mimpi. Ia melalui proses yang panjang.