Sunday, August 25, 2019

Emping dan Nyoq Kukuq

      Pagi ini dalam perjalanan aku ke tempat kerja, tetiba emping dan Nyoq kukuq terlintas dalam benak kepala aku, sejak dulu lagi setiap kali aku teringat impin ataupun tenampak impin dijual dimana- mana secara automatik fikiran aku akan teringat pada lesong hindik yang berada dirumah tokwan zain masa aku kecil2 dulu. Pada masa tu aku pun masih budak2 lagi , ingat2 lupa dan aku tak rasa adik2 sepupu aku yang peringkat bawah dari aku sempat tengok lesong tu, heheheh maklumlah tahun 80an mana nak ada camera lagi Ndak, Pak tih dan Cuyah hehehe kalau ada pun kena pinjam yang orang. kalau masa tu ada camera tentu dah banyak gambar nostalgia akan keluar, kikikik 😂😂😂😂. kalau tak salah aku satu petak padi tokwan akan tanam dengan padi pulut,dangan padi pulut tu lah disimpan dalam jelapang untuk kegunaan sepanjang musim. sedikit dihantar kekilang untuk dijadikan beras pulut, padi yang sedikit muda akan dibuat emping, petang2 akan ada la anak menantu ketika itu akan tolong tok piah tumbuk padi, tapi apabila keluarga dah sedikit maju (kuasa membeli) akhirnya aku tak ingat tahun bila lesung hindik itu dimusnahkan, kalau tak salah aku tokwan nak buat rumah kot tu yang buang lesong tu ,

lesong tu lebih kurang macam ni la tapi yang tok wan buat elok lagi rasanya (gambar dari google) 
Tok wan zain memang tidak dapat dinafikan hasil seni kayunya, masa dia kuat dan muda kalau dengar cerita dia macam2 dia buat hasil dari kayu kayan, rumah, perahu, sarung pisau, dan macam2 lagi, Ada satu tongkat Khatib semasa berkhutbah yang dia buat aku rasa ada kat masjid Sg korok, aku tengok masa dia buat tu, tapi aku tak tahu secara tepat imam masjid mana yang suruh dia buat, sama ada kubang sepat atau sg korok, tapi bila aku duk tengok tongkat di masjid aku rasa itu hasil tangan tok wan, sebab tok wan kata dia bagi kat Hj umar, (hj umar imam sg korok masa tu), Setiap kali aku tengok tongkat itu aku akan teringat tokwan.(ilmu yg bermanfaat)

Alfatihah untuk arwah tok wan 



Masuk saja pejabat, selepas pantau sekejap kawan2  aku pun minta izin boss untuk keluar beli sarapan, Ke nat taman aman la aku pergi cari emping heheheh. Impin pun telah dikomersialkan la ni, dulu kami makan emping dengan nyoq sahaja , lani depa jual siap letak jagung rebus lagi,  menarik juga.

RM 2.00 banyak ni pun 
Untuk budak2 sekarang memang tak akan rasa nikmat makan emping ni, anak2 aku pun tak makan emping ni . Zaman telah merubahkan segalanya, dari sekecil - kecil perkara hingga kebesar perkara.





Saturday, August 24, 2019

Belajar Memandu

Tamat SPM pada penghujung 1993 , aku dan kawan2 ( farizan, chahrin dan Bullah) telah bepakat untuk cari kerja sementara menunggu keputusan keluar, Alhamdulillah akhirnya Farizan bagi tahu yang dia telah dapatkan kerja untuk kami di ITM Arau ( masa itu belum dinaik taraf ke Universiti lagi) Kami dapat kerja sebagai pembantu kantin. Masing2 memang teruja gila laaaaa, baru nak masuk alam pekerjaan dan dapat gaji bulanan. Tuan kantin ( Abg fauzi atau ramli tak berapa ingat dah nama  dia) arahkan kami agar tinggal sekali dengan dia senang untuk kepasar dan ketempat kerja. maka tinggalah kami berempat dengan tokey di Taman Seri Manis sebelah hospital Kangar. hehehe tempat kerja di Arau jauhhh oooo pada masa tu kami anggap.

Dari kiri Chahrin (pak long), aku , farizan(mat cong), bulah

 Dalam kami berempat hanya Farizan sahaja ada lesen kereta yang lain kereta pun tak boleh bawa lagi 😆😆😆😆😆. apabila kami dah mahir kepasar dan ketempat kerja abg fauzi pun arah kami untuk ketempat kerja dan balik sendiri dengan van yang dia sedikan. hehehehe syok laaaa tokey tak ada kami jeee dalam van tu. maka bermulah lah aktiviti kami untuk belajar memandu dengan farizan. Biasanya kami yang lelaki akan balik last sekali , selepas Abg fauzi dan isteri dia balik, kami lah akan cuci kantin dan simpan semua barang, kami akan cepat2 selesaikan kerja, bila dah selesai sebelah kantin kami ada kawasan padang yang keluasanya cukup untuk kami belajar bawa van ..step yang pertama dia ajar masuk gear 1&2 pusinggggggg dulu sampai cekap control minyak dan stereng, setiap hari silih berganti kami akan pusing padang itu dgn ditemani farizan. bila dah cekap sedikit dia bagi kami bergilir bawa balik dari arau ke kangar,, hehehe tengah malam kereta mana banyak lagi tahun tuuuu, memang senag laaa kami pusing2 dalam pekan kangar. Darah muda dan gila stereng memang syok laaaa. Itu lah pengalam pertama aku bawa kereta/van dan farizan lah guru aku, Alhamdulillah Farizan kini dah jadi Pegawai polis yang berpangkat besar. Pak long pula bertugas dengan AADK cawangan langkawi, Bullah dengan perniagaan sendiri yang sudah berkembang di Putrajaya, Aku pula macam ni laaa hehehe 💗💗😊😊😊 Alhamduliullah  bersyukur dengan apa yang aku ada dan kecapi selama ini.


baru ni kakak habaq " boder mak dgn adik dah tamat tempoh" Gambar ni  masa pi Dannok

Kakak yang dah tinggi dari ayah dah.


Kini Kakak dah berusia 17 tahun dah sampai masanya aku ajar dia bawa kereta dan memiliki lesen memandu, Setiap kali aku ajar dia akan aku cerita  pengalaman pertama aku bawa kereta, Alhamdulillah Akirnya kakak boleh dah bawa kereta cuma tunggu lepas SPM akan aku hantar dia ke selolah memandu untuk dapatkan lesen, Bila aku sakit baru2 ni dia dah blh bawa kereta untuk balik Tepi Laut, Dah besar dah anak aku , cepat sungguh masa berlalu, Masih terbayang masa dia kecil dulu mak dia belajar kereta tetapi brek terkejut la sikit terus dia tak mau naik dengan mak dia, dan itu jugalah kali terakhir mak dia belajar kereta, hehehehe Allah ☺☺☺,






Sunday, August 18, 2019

Rombogan Sekolah

Seingat aku semasa sekolah rendah dulu sewaktu di darjah 5&6 , bukan tak ada rombongan atau pun lawatan ketempat2 bersejarah untuk dilawati yang diajurkan oleh pihak sekolah mahupun PIBG.
tetapi memang aku tidak pernah berpeluang menyertai rombongan itu, yang mana aku rasa mungkin beberapa sebab yang aku tak boleh mengikuti rombongan tersebut, Pertama ialah demi keselamatan aku, mak memang tak akan benarkan aku pergi kemana - mana rombongan yang mana pada dia tidak selamat dan membuatkan dia susah hati, (aku paling kecil dlm sekolah masa tu) hehehe ☺☺☺, ini baru rombongan belum lagi perkhemahan. kedua ialah kewangan, kehidupan kami yang agak sedikit miskin pada ketika itu menyebabkan emak dan ayah berfikir dua tiga kali untuk berbelanja.

Namun demikian bila aku dah kesekolah menengah, pada penghujung tahun 1989 (tingkatan 1) pihak sekolah menganjurkan rombongan ke Melaka/ kuala lumpur dengan kos tambang sebanyak RM 25. Bila aku balik cerita dan ingin mengikuti rombongan tersebut dan tentu mak dan ayah akan fikir itu baru tambang belom masuk makan minum aku sepanjang pergi dan balik lagi . Jawapan pertama aku dapat "tak payah pi lah" ok aku pun menurut perintah dan faham dengan keadaan ketika itu. Apabila keesokanya aku ceritakan pada Cikgu Razak (arwah dah dia pun) tentang keputusan aku, dia pun berkata "tak pa duit tambang cikgu bayar" bertapa bersungguhnya dia nak bawa juga aku ke rombongan itu. aku cuma perlu bawa duit makan je. Bila balik cerita pada mak dan ayah mereka pun mungkin jadi lemah dengan aku, sebab tambang cikgu dah bayar, OK je lah, Apa yang aku pasti mak dan ayah memang tak da duit, aku tak ingat pada siapa depa pinjam tapi firasat mengatakan depa pinjam pada Tok ngah Basah RM 50.  namun demikian bukan semua aku dapat, seingat aku hanya RM 25 je yang aku bawa, maklum la pada tahun tu nilai sebanyak itu sudah besar. Bila masanya tiba kami pun bergerak lah ke Melaka dan Kuala Lumpur, itulah kali pertama aku jejak kaki dikedua2 tempat tersebut, Bayangkan lah betapa peeeraknya budak2 kampung datang ke kota.

Angah dan kawan-kawan dia di Lembah Bujang 

Gambar dibawah menunjukan angah paling kecil sekali dan begitu jugalah aku dulu. 





Kini tiba giliran anak2 aku untuk merasai rombongan sekolah seperti itu, kakak dulu pergi kemuzium Lombong arang batu di sg lembing Pahang, (dia ni tak minat sangat setai rombongan) itu pun sebab dekat dengan kawasan kuantan juga , sebab masa tu kami tingal di kuantan. Angah dan adik ni berbeza sikit sifat depa, (apa org buat kalau blh depa nak buat) baru- baru ini angah minta nak pergi ke Lembah Bujang, seorang ibu memang tak benarkan lah demi keselamatan anak dia. tapi bila tanya aku OK je pergi lah ni masa depa untuk bergembira sebelum peperiksaan tiba.  sehari lepas balik dari Lembah Bujang minta izin nak pergi Kolej Tentera Udara , kali ini juga aku bagi .. hehehehe . ALLAHHUAKHBAR, berbulu la kakak adik dan mak dia. Adik masih di darjah 4 tunggu giliran dia akan tiba. INSYA ALLAH. Bila balik rumah dia berkata " ayah angah tak boleh jadi tentera " hehehe tak pa belajar dulu, nanti kerjaya akan menyusul perlahan lahan.

Semasa lawatan ke kolej tentera udara 


Minggu lepas angah bagi tahu yang cikgu nk buat rombongan ke kuala lumpur kos RM 380.00 (4h3m) termasuk tiket ke sunway lagoon. ( angah tak mau pergi kali ni dia kata tak dak pun orang nak pi mahal ☺☺☺☺( kalau dia nak pergi akan aku usahakan). Cepat sungguh masa berlalu. ayah pernah berkata " aku tak ada tanah untuk dipugar (diusahakan) aku bagi pelajaran kat depa itu lah harta aku pugar dan ada " kalau elok aku jaga elok lah depa" begitu juga lah harapan semoga aku diberi jalan yang lurus untuk aku teruskan perjalanan ini. Nanti aku cerita macam mana pula nak dapat duit untuk yuran SPM

Berkebun punca pendapatan kami selepas buat bendang dan nelayan

Monday, May 13, 2019

Aku Tukang Kemas

                                         
Alhamdulillah sejak kecil aku dah terdedah pada kerja- kerja rumah, memasak dan mengemas rumah, tapi bila aku cerita pada anak-anak aku mereka akan kata ' ayah cendoi ni' maksud cendoi tu bagi anak2 aku adalah bohong, hehehe. Mak dan ayah aku memang dah ajar kami (aku dan man) untuk kemas rumah pada zaman tu, oleh kerana aku abang tanggung jawab tu dah tentu kepada aku. 

 Sekitar tahun 89/90 Apabila mak dan ayah ke padang (bendang) awal pagi, dan man masih lagi sekolah rendah, aku (sek men ) bersekolah petang, kerja mengemas dan memasak akan dilakukan oleh aku sementara menunggu untuk kesekolah, masak tu tak la macam masakan yang ada sekarang hanya sekadar masakan asas sahaja, iaitu Masak Nasi, goreng lauk, sayur garam belacan, dan part yang paling aku suka sekali giling cabai kering, menggunakan batu giling mak, mungkin sabab budak2 lagi kut dan syok main hehehe. itu je la menu kami kalau nak sedap sikit mak akan buat ramuan rempah gulai suruh aku giling balik padang dia akan buat gulai dan masakan lain jika ada. heheheh

Selesai menyimpan dan masak di rumah apa yang patut aku akan kerumah ndak Dah dan pak ndak yusri  pula untuk sapu sampah dan masak nasi untuk dia, walaupun bukan hari2 tapi apa bila dia pi padang dan dia tak dan aku akan pi la, Tahu kenapa aku suka pi masak rumah ndak ? hehehe setiap kali dia boleh upah menyulam padi dia akan bagi kat aku paling sikit RM 5 hinggit ,,, hahahaha banyak oii lima hinggit, boleh makan nasi ayam kentin pak ca 😂😂😂😂😂 perkara kedua yang best adalah hehehehe rumah ndak banyak URTV, macam macam cerita artis ada dalam tu dan setiap majalah akan ada poster artis, Tapi zaman sekarang orang dah tak baca dah majalah macam dulu, dunia sudah moden macam2 adaaaa..(FB IG dan sebagainya)  
Rumah Paktih pula aku tak perlu kemas sebab mak tih ani ada, hehehehe 

                               
   Istana kami dinding pun tak penuh papan berkas je (tengah)
   Istana Pak ndak agak sempurna sikit tapi ruang serami dapur papan berkas juga (kiri)
   Istana Pak Tih berdindingkan papan berkas dan berlantaikan tanah dilapi tikar getah (kanan)    
                                     
Bila difiirkan balik mungkin dulu suka mengemas, tu yang sekarang aku kerja sebagai tukang cuci tu hahaha, tapi sejak kahwin aku dah tak pernah mengemas dan masak dirumah,( kalau ada pun tak banyak)  semua tugas tu diambil alih oleh isteri dan anak2 , mungkin juga ini lah masa proses pembelajaran bagi mereka bagi menghadapi masa depan mereka. 

                                         
Inilah wajah2 kami ketika itu, yang mana dalam gambar ni semuadah tua2 belaka dah dan mempunyi anak dah (cuma tok mat je belom ada rezeki , isnyaAllah tok mat Allah dah rancang sesuatu tu, Jgn berhenti berdoa) 

Saturday, May 4, 2019

Memori Anak Laut 2

Jom kita kelaut 

Pada 1989 dikala usiaku mencecah 13 tahun, pengalaman aku sebagai anak nelayan makin mencabar,
pada usia ini aku baru mengenal erti keperitan nelayan yang kelaut untuk memukat ikan. 
kalau diceritakan tentang saiz aku ketika itu memanglah kecil. 

Selepas pulang dari sekolah (Khamis) pada pukul 6.30 ptg aku akan bergegas pulang, tak kisahlah dengan ayah  atau pun bas aku akan balik secepat mungkin, mata aku akan memerhati kearah pelantaq ikan memerhati sama ada perahu masih dipengkalan, kerana aku tahu ada seorang lelaki sedang menunggu aku untuk diajak kelaut, terutama sekali jika hari khamis dan dan hari cuti sekolah. Mungkin mak dan ayah aku membenarkan aku kelaut pada mlm hari pada masa itu adalah kerana :- 

1. lelaki itu pak sauadara aku adik mak (arwah nyang Hassan)
2. mak nak aku tahu erti kesusahan dan memang kami susah
3. ada sedikit upah untuk aku selepas jualan ikan(walaupun tak banyak) 

Ya memang tak banyak yang dapat aku membantu beliau dalam kerja semasa kami dilaut hanya sekadar tarik pukat dibahagian kajaq pelampong sahaja kerana itu lebih ringan,kadang kadang lepas kajaq pelampong aku dah tak boleh kerja sebab muntah, hehehe. 
bila pukat mengena ikan yu pula aku sekadar tengok sahaja beliau memegang ekor ikan untuk ditarik naik kedalam perahu. ada diantara ikan yu yang kami dapat melebihi saiz badan aku dan lebih panjang dari aku. 

Sebenarnya walupun aku anak laut dan kelaut sejak kecil aku ni mabuk laut (sehingga sekarang). selepas melabuhkan pukat semasa menunggu untuk ikan mengena aku akan tidur dan cuba lena di haluan perahu,, kadang2 sampai muntah, tapi arwah tetap tunggu aku jika aku cuti sekolah untuk bantu dia , aku rasa mungkin arwah berfikir dari dia bagi upah pada orang lain baik bagi pada anak menakan dia sendiri. 

Pengalaman ini akan kuingat selagi terdaya, kerana pengalaman ini juga membentuk sasiah diri aku. 

Allahhuakhbar tak ternilainaya pengalaman ini. ❤❤❤😭😭😭😭😭

Sunset dari Kuala Tunjang 
kadang2 senja seperti ini aku sudah berada dilaut 


Birut masih kelihatan walaupun sedikit 


Pemandangan ini aku akan perhatikan dulu  sama ada perahu arwah masih disitu, Sehingga sekarang aku masih meraskan arwah masih ada kat atas pelantaq itu walaupun aku sedar arwah sudah tiada.



 Setelah dua atau tiga kali pukat dilabuh kami pun akan beransur pulang dengan hasil tangkapan yang tidak seberapa, dipelantar itu dan dalam perahu lah ikan akan disimpan sehingga hari cerah. esok pagi arwah akan pergi ambil ikan untuk dijual.

Betapa selamat dan amanya kampung ketika itu jarang dengar kes kecurian hasil laut ,, tapi kalau kecurian ternakan lain ada laa  tak sehebat hari ini, sehinggakan (tak boleh lepa apa) kata org kedah.

Setelah mendapat hasil jualan arwah akan bagi duit upah pada aku mungkin pada masa ini upah itu sedikit tapi memang besar pada aku dan keluar pada masa itu. ada masa dapat RM 20  ada masa RM 50 lebih aku dah senyum sampai telinga.




Al Fatihah untuk Arwah Nyang Hasan . 
Tegas dan adil dalam menghukum kesalahan kami. semua dia tibai (rotan) kalau salah tak kira anak sapa ... 
selalu mengusik wawa n angah , itu membuatkan budak2 tu ingat kat dia sampai sekarang.
Semoga Arwah ditempatkan bersama para Solehin 

Bila melihat air bergelora di pintu tandop, perasaan dalam hati dan memori aku akan turut bergelora  mengenangkan kehidupan lampau kami semua yang bergelar anak laut. 



Terima Kasih pada tuan punya gambar,, 
nanti aku akan cerita pula pasai sungai sebelah sini pula yang menjadi sumber air kami satu ketika dulu . 




Thursday, April 18, 2019

Memori Anak Laut 1




Ya memang aku dibesarkan di perkampungan nelayan , emak, ayah dan seluruh keluarga kami adalah petani dan nelayan. "Kais pagi makan pagi kais petang makan petang" itulah ibarat kehidupan kami satu ketika dahulu. Arwah tok wan zain pernah berkata " kerja laut ni bukan nak boleh buat harta, hanya sekadar cukup makan ja, hampa pi lah kerja lain tumpang muda, kerja ni tak ada masa depan" (Itu Hanya Untuk nelayan  persisir pantai macam kami)  Kali ni bukan aku nak cerita pasai kehidupan aku sebagai anak laut secara keseluruhanya, tapi aku nak cerita pasai pengalanman mencari Mentarang aku dan keluarga aku.

Musim mentarang 

Dulu semasa umurku sebaya Mat Faris (berbaju hijau gambar dibawah) dan Mat Anis bila musim mentarang dengan mereka ini lah aku akan ikut kelaut mencari mentarang antaranya Ndak Dah, Tih Ani.Paktih .Pak ndak Husin, Mak cik Milah ArwarTok piah, arwah tok ahhh dan ramia lagi laa keluarga kami akan turun cari mentarang. Bezanya pada masa tu kami tak ada bot atau perahu sehebat perahu Paktih sekarang, berbekalkan Palong ataupun besen besar dan cop kayu yang diperbuat dengan papan, kami akan berjalanlah dari tepi pantai hingga ketempat mentarang naik, ada masa jaraknya mencapai satu relong atau dua relong jauh nya kami merandok selut atau pun tamboq laut. Ya memang dengan foktor usia pada masa itu tidak menjadi masalah bagi semua mak saudara dan pak saudara aku ketika itu sebab masih muda dan aku masih kanak2. begituah kehidupan kami semua yang bestatus anak laut, bila aku cerita pada anak aku depa semua gelak dan Berkata "betul ke ayah ni" hehehehe

Pada masa tu mentarang tidak lah semahal sekarang dan kadang2 sampai tiada pasaran, sekarang harga paling murah pun RM 10 sekilo. 

         

Mak aku ndak Dah dan Tih ani  masih lagi Ada keringat Walaupun tk sekuat dulu.  Tapi dengan kemudahan perahu Pak Tih  yang Ada Proses mencari dapat diringankan sedikit dari dulu sebab boleh terus ke kawasan mentarang.  Tapi kalau dengan tenaga aku Sekarang aku rasa aku Memang Tak boleh dah nak cari macam depa lagi. . Kikikiki

 Kakak tirah membantu tok mengankat mentarang yang banyak, siap boleh  Hantar ke Pada adik aku dilangkawi lagi.


Mak kata "aku nak makan bagi puas dan nak bagi ank cucu aku makan"


      

Ndak dah dan hasilnya siap boleh Hantar kat maklong Ayu di  perak lagi. Tapi aku sebagai anak kalau boleh tak nak dah Mak dan ayah aku dan juga Pak saudara dan Mak saudara kerja sekeras ini sebab aku tahu betapa teruknya Cari mentarang ni.  Tak pa kalau nk makan kita beli lah.  Tapi kalau pi  cari sekadar mengenang memori Lama tak apa laaa. . Sekadar Seronok tiada maslah.

Aku Teringin juga nak pi . Tapi rasa macam Takut mabuk laut.. 

Hehehhehehe

#Aku anak laut
# perahuku perlahan

Tuesday, April 9, 2019

Itulah Mereka

Tahun silih berganti, aku masih lagi bekerja macam biasa untuk menyara keluarga kecil ku. Syukur dengan apa yang aku ada. Bebekalkan nasihat yang sentiasa dibisikan ke telinga aku oleh ibu bapa dan rakan2 lama atau pun baru dalam bidang ini. Alhamdulillah  bersyukur kerana Allah telah mempermudahkan urusan harianku dengan izin NYA, 

                                    Kalau hanya depa dua mai tido kat Hotel pukul 9 dah lena

Itulah mereka berdua akan selalu menemani aku jika GM pergi bercuti atau pun out station tujuan depa cuma mai nak mandi kolam sahaja, pagi dan petang depa hanya duduk dalam kolam saja.  
Zaman dah berumah kalau zaman aku dulu nak mandi kolam memeang tak ada laaa ,, mandi sungai ada laaaa ,,,kikikiki selalu kena marah dengan arwah nyang Hasan 

                                 
                        
                          Adik yg sentiasa nak menang        Angah yang sentiasa mengalah


    Selalu depa kena marah dengan kakak sebab selalu tingal kakak dengan mak dirumah.
Setiap hari soalan depa " Ayah bila GM cuti / Ayah bila MOD"  😍😍😍😍