Sunday, August 18, 2019

Rombogan Sekolah

Seingat aku semasa sekolah rendah dulu sewaktu di darjah 5&6 , bukan tak ada rombongan atau pun lawatan ketempat2 bersejarah untuk dilawati yang diajurkan oleh pihak sekolah mahupun PIBG.
tetapi memang aku tidak pernah berpeluang menyertai rombongan itu, yang mana aku rasa mungkin beberapa sebab yang aku tak boleh mengikuti rombongan tersebut, Pertama ialah demi keselamatan aku, mak memang tak akan benarkan aku pergi kemana - mana rombongan yang mana pada dia tidak selamat dan membuatkan dia susah hati, (aku paling kecil dlm sekolah masa tu) hehehe ☺☺☺, ini baru rombongan belum lagi perkhemahan. kedua ialah kewangan, kehidupan kami yang agak sedikit miskin pada ketika itu menyebabkan emak dan ayah berfikir dua tiga kali untuk berbelanja.

Namun demikian bila aku dah kesekolah menengah, pada penghujung tahun 1989 (tingkatan 1) pihak sekolah menganjurkan rombongan ke Melaka/ kuala lumpur dengan kos tambang sebanyak RM 25. Bila aku balik cerita dan ingin mengikuti rombongan tersebut dan tentu mak dan ayah akan fikir itu baru tambang belom masuk makan minum aku sepanjang pergi dan balik lagi . Jawapan pertama aku dapat "tak payah pi lah" ok aku pun menurut perintah dan faham dengan keadaan ketika itu. Apabila keesokanya aku ceritakan pada Cikgu Razak (arwah dah dia pun) tentang keputusan aku, dia pun berkata "tak pa duit tambang cikgu bayar" bertapa bersungguhnya dia nak bawa juga aku ke rombongan itu. aku cuma perlu bawa duit makan je. Bila balik cerita pada mak dan ayah mereka pun mungkin jadi lemah dengan aku, sebab tambang cikgu dah bayar, OK je lah, Apa yang aku pasti mak dan ayah memang tak da duit, aku tak ingat pada siapa depa pinjam tapi firasat mengatakan depa pinjam pada Tok ngah Basah RM 50.  namun demikian bukan semua aku dapat, seingat aku hanya RM 25 je yang aku bawa, maklum la pada tahun tu nilai sebanyak itu sudah besar. Bila masanya tiba kami pun bergerak lah ke Melaka dan Kuala Lumpur, itulah kali pertama aku jejak kaki dikedua2 tempat tersebut, Bayangkan lah betapa peeeraknya budak2 kampung datang ke kota.

Angah dan kawan-kawan dia di Lembah Bujang 

Gambar dibawah menunjukan angah paling kecil sekali dan begitu jugalah aku dulu. 





Kini tiba giliran anak2 aku untuk merasai rombongan sekolah seperti itu, kakak dulu pergi kemuzium Lombong arang batu di sg lembing Pahang, (dia ni tak minat sangat setai rombongan) itu pun sebab dekat dengan kawasan kuantan juga , sebab masa tu kami tingal di kuantan. Angah dan adik ni berbeza sikit sifat depa, (apa org buat kalau blh depa nak buat) baru- baru ini angah minta nak pergi ke Lembah Bujang, seorang ibu memang tak benarkan lah demi keselamatan anak dia. tapi bila tanya aku OK je pergi lah ni masa depa untuk bergembira sebelum peperiksaan tiba.  sehari lepas balik dari Lembah Bujang minta izin nak pergi Kolej Tentera Udara , kali ini juga aku bagi .. hehehehe . ALLAHHUAKHBAR, berbulu la kakak adik dan mak dia. Adik masih di darjah 4 tunggu giliran dia akan tiba. INSYA ALLAH. Bila balik rumah dia berkata " ayah angah tak boleh jadi tentera " hehehe tak pa belajar dulu, nanti kerjaya akan menyusul perlahan lahan.

Semasa lawatan ke kolej tentera udara 


Minggu lepas angah bagi tahu yang cikgu nk buat rombongan ke kuala lumpur kos RM 380.00 (4h3m) termasuk tiket ke sunway lagoon. ( angah tak mau pergi kali ni dia kata tak dak pun orang nak pi mahal ☺☺☺☺( kalau dia nak pergi akan aku usahakan). Cepat sungguh masa berlalu. ayah pernah berkata " aku tak ada tanah untuk dipugar (diusahakan) aku bagi pelajaran kat depa itu lah harta aku pugar dan ada " kalau elok aku jaga elok lah depa" begitu juga lah harapan semoga aku diberi jalan yang lurus untuk aku teruskan perjalanan ini. Nanti aku cerita macam mana pula nak dapat duit untuk yuran SPM

Berkebun punca pendapatan kami selepas buat bendang dan nelayan

2 comments:

  1. ok sama lh kita cuma perngai cek sma mcm kakak yg sulung x suka rombongan 😂😂😂

    ReplyDelete