Sunday, August 25, 2019

Emping dan Nyoq Kukuq

      Pagi ini dalam perjalanan aku ke tempat kerja, tetiba emping dan Nyoq kukuq terlintas dalam benak kepala aku, sejak dulu lagi setiap kali aku teringat impin ataupun tenampak impin dijual dimana- mana secara automatik fikiran aku akan teringat pada lesong hindik yang berada dirumah tokwan zain masa aku kecil2 dulu. Pada masa tu aku pun masih budak2 lagi , ingat2 lupa dan aku tak rasa adik2 sepupu aku yang peringkat bawah dari aku sempat tengok lesong tu, heheheh maklumlah tahun 80an mana nak ada camera lagi Ndak, Pak tih dan Cuyah hehehe kalau ada pun kena pinjam yang orang. kalau masa tu ada camera tentu dah banyak gambar nostalgia akan keluar, kikikik 😂😂😂😂. kalau tak salah aku satu petak padi tokwan akan tanam dengan padi pulut,dangan padi pulut tu lah disimpan dalam jelapang untuk kegunaan sepanjang musim. sedikit dihantar kekilang untuk dijadikan beras pulut, padi yang sedikit muda akan dibuat emping, petang2 akan ada la anak menantu ketika itu akan tolong tok piah tumbuk padi, tapi apabila keluarga dah sedikit maju (kuasa membeli) akhirnya aku tak ingat tahun bila lesung hindik itu dimusnahkan, kalau tak salah aku tokwan nak buat rumah kot tu yang buang lesong tu ,

lesong tu lebih kurang macam ni la tapi yang tok wan buat elok lagi rasanya (gambar dari google) 
Tok wan zain memang tidak dapat dinafikan hasil seni kayunya, masa dia kuat dan muda kalau dengar cerita dia macam2 dia buat hasil dari kayu kayan, rumah, perahu, sarung pisau, dan macam2 lagi, Ada satu tongkat Khatib semasa berkhutbah yang dia buat aku rasa ada kat masjid Sg korok, aku tengok masa dia buat tu, tapi aku tak tahu secara tepat imam masjid mana yang suruh dia buat, sama ada kubang sepat atau sg korok, tapi bila aku duk tengok tongkat di masjid aku rasa itu hasil tangan tok wan, sebab tok wan kata dia bagi kat Hj umar, (hj umar imam sg korok masa tu), Setiap kali aku tengok tongkat itu aku akan teringat tokwan.(ilmu yg bermanfaat)

Alfatihah untuk arwah tok wan 



Masuk saja pejabat, selepas pantau sekejap kawan2  aku pun minta izin boss untuk keluar beli sarapan, Ke nat taman aman la aku pergi cari emping heheheh. Impin pun telah dikomersialkan la ni, dulu kami makan emping dengan nyoq sahaja , lani depa jual siap letak jagung rebus lagi,  menarik juga.

RM 2.00 banyak ni pun 
Untuk budak2 sekarang memang tak akan rasa nikmat makan emping ni, anak2 aku pun tak makan emping ni . Zaman telah merubahkan segalanya, dari sekecil - kecil perkara hingga kebesar perkara.





Saturday, August 24, 2019

Belajar Memandu

Tamat SPM pada penghujung 1993 , aku dan kawan2 ( farizan, chahrin dan Bullah) telah bepakat untuk cari kerja sementara menunggu keputusan keluar, Alhamdulillah akhirnya Farizan bagi tahu yang dia telah dapatkan kerja untuk kami di ITM Arau ( masa itu belum dinaik taraf ke Universiti lagi) Kami dapat kerja sebagai pembantu kantin. Masing2 memang teruja gila laaaaa, baru nak masuk alam pekerjaan dan dapat gaji bulanan. Tuan kantin ( Abg fauzi atau ramli tak berapa ingat dah nama  dia) arahkan kami agar tinggal sekali dengan dia senang untuk kepasar dan ketempat kerja. maka tinggalah kami berempat dengan tokey di Taman Seri Manis sebelah hospital Kangar. hehehe tempat kerja di Arau jauhhh oooo pada masa tu kami anggap.

Dari kiri Chahrin (pak long), aku , farizan(mat cong), bulah

 Dalam kami berempat hanya Farizan sahaja ada lesen kereta yang lain kereta pun tak boleh bawa lagi 😆😆😆😆😆. apabila kami dah mahir kepasar dan ketempat kerja abg fauzi pun arah kami untuk ketempat kerja dan balik sendiri dengan van yang dia sedikan. hehehehe syok laaaa tokey tak ada kami jeee dalam van tu. maka bermulah lah aktiviti kami untuk belajar memandu dengan farizan. Biasanya kami yang lelaki akan balik last sekali , selepas Abg fauzi dan isteri dia balik, kami lah akan cuci kantin dan simpan semua barang, kami akan cepat2 selesaikan kerja, bila dah selesai sebelah kantin kami ada kawasan padang yang keluasanya cukup untuk kami belajar bawa van ..step yang pertama dia ajar masuk gear 1&2 pusinggggggg dulu sampai cekap control minyak dan stereng, setiap hari silih berganti kami akan pusing padang itu dgn ditemani farizan. bila dah cekap sedikit dia bagi kami bergilir bawa balik dari arau ke kangar,, hehehe tengah malam kereta mana banyak lagi tahun tuuuu, memang senag laaa kami pusing2 dalam pekan kangar. Darah muda dan gila stereng memang syok laaaa. Itu lah pengalam pertama aku bawa kereta/van dan farizan lah guru aku, Alhamdulillah Farizan kini dah jadi Pegawai polis yang berpangkat besar. Pak long pula bertugas dengan AADK cawangan langkawi, Bullah dengan perniagaan sendiri yang sudah berkembang di Putrajaya, Aku pula macam ni laaa hehehe 💗💗😊😊😊 Alhamduliullah  bersyukur dengan apa yang aku ada dan kecapi selama ini.


baru ni kakak habaq " boder mak dgn adik dah tamat tempoh" Gambar ni  masa pi Dannok

Kakak yang dah tinggi dari ayah dah.


Kini Kakak dah berusia 17 tahun dah sampai masanya aku ajar dia bawa kereta dan memiliki lesen memandu, Setiap kali aku ajar dia akan aku cerita  pengalaman pertama aku bawa kereta, Alhamdulillah Akirnya kakak boleh dah bawa kereta cuma tunggu lepas SPM akan aku hantar dia ke selolah memandu untuk dapatkan lesen, Bila aku sakit baru2 ni dia dah blh bawa kereta untuk balik Tepi Laut, Dah besar dah anak aku , cepat sungguh masa berlalu, Masih terbayang masa dia kecil dulu mak dia belajar kereta tetapi brek terkejut la sikit terus dia tak mau naik dengan mak dia, dan itu jugalah kali terakhir mak dia belajar kereta, hehehehe Allah ☺☺☺,






Sunday, August 18, 2019

Rombogan Sekolah

Seingat aku semasa sekolah rendah dulu sewaktu di darjah 5&6 , bukan tak ada rombongan atau pun lawatan ketempat2 bersejarah untuk dilawati yang diajurkan oleh pihak sekolah mahupun PIBG.
tetapi memang aku tidak pernah berpeluang menyertai rombongan itu, yang mana aku rasa mungkin beberapa sebab yang aku tak boleh mengikuti rombongan tersebut, Pertama ialah demi keselamatan aku, mak memang tak akan benarkan aku pergi kemana - mana rombongan yang mana pada dia tidak selamat dan membuatkan dia susah hati, (aku paling kecil dlm sekolah masa tu) hehehe ☺☺☺, ini baru rombongan belum lagi perkhemahan. kedua ialah kewangan, kehidupan kami yang agak sedikit miskin pada ketika itu menyebabkan emak dan ayah berfikir dua tiga kali untuk berbelanja.

Namun demikian bila aku dah kesekolah menengah, pada penghujung tahun 1989 (tingkatan 1) pihak sekolah menganjurkan rombongan ke Melaka/ kuala lumpur dengan kos tambang sebanyak RM 25. Bila aku balik cerita dan ingin mengikuti rombongan tersebut dan tentu mak dan ayah akan fikir itu baru tambang belom masuk makan minum aku sepanjang pergi dan balik lagi . Jawapan pertama aku dapat "tak payah pi lah" ok aku pun menurut perintah dan faham dengan keadaan ketika itu. Apabila keesokanya aku ceritakan pada Cikgu Razak (arwah dah dia pun) tentang keputusan aku, dia pun berkata "tak pa duit tambang cikgu bayar" bertapa bersungguhnya dia nak bawa juga aku ke rombongan itu. aku cuma perlu bawa duit makan je. Bila balik cerita pada mak dan ayah mereka pun mungkin jadi lemah dengan aku, sebab tambang cikgu dah bayar, OK je lah, Apa yang aku pasti mak dan ayah memang tak da duit, aku tak ingat pada siapa depa pinjam tapi firasat mengatakan depa pinjam pada Tok ngah Basah RM 50.  namun demikian bukan semua aku dapat, seingat aku hanya RM 25 je yang aku bawa, maklum la pada tahun tu nilai sebanyak itu sudah besar. Bila masanya tiba kami pun bergerak lah ke Melaka dan Kuala Lumpur, itulah kali pertama aku jejak kaki dikedua2 tempat tersebut, Bayangkan lah betapa peeeraknya budak2 kampung datang ke kota.

Angah dan kawan-kawan dia di Lembah Bujang 

Gambar dibawah menunjukan angah paling kecil sekali dan begitu jugalah aku dulu. 





Kini tiba giliran anak2 aku untuk merasai rombongan sekolah seperti itu, kakak dulu pergi kemuzium Lombong arang batu di sg lembing Pahang, (dia ni tak minat sangat setai rombongan) itu pun sebab dekat dengan kawasan kuantan juga , sebab masa tu kami tingal di kuantan. Angah dan adik ni berbeza sikit sifat depa, (apa org buat kalau blh depa nak buat) baru- baru ini angah minta nak pergi ke Lembah Bujang, seorang ibu memang tak benarkan lah demi keselamatan anak dia. tapi bila tanya aku OK je pergi lah ni masa depa untuk bergembira sebelum peperiksaan tiba.  sehari lepas balik dari Lembah Bujang minta izin nak pergi Kolej Tentera Udara , kali ini juga aku bagi .. hehehehe . ALLAHHUAKHBAR, berbulu la kakak adik dan mak dia. Adik masih di darjah 4 tunggu giliran dia akan tiba. INSYA ALLAH. Bila balik rumah dia berkata " ayah angah tak boleh jadi tentera " hehehe tak pa belajar dulu, nanti kerjaya akan menyusul perlahan lahan.

Semasa lawatan ke kolej tentera udara 


Minggu lepas angah bagi tahu yang cikgu nk buat rombongan ke kuala lumpur kos RM 380.00 (4h3m) termasuk tiket ke sunway lagoon. ( angah tak mau pergi kali ni dia kata tak dak pun orang nak pi mahal ☺☺☺☺( kalau dia nak pergi akan aku usahakan). Cepat sungguh masa berlalu. ayah pernah berkata " aku tak ada tanah untuk dipugar (diusahakan) aku bagi pelajaran kat depa itu lah harta aku pugar dan ada " kalau elok aku jaga elok lah depa" begitu juga lah harapan semoga aku diberi jalan yang lurus untuk aku teruskan perjalanan ini. Nanti aku cerita macam mana pula nak dapat duit untuk yuran SPM

Berkebun punca pendapatan kami selepas buat bendang dan nelayan