Thursday, June 17, 2010

Pekan Rabu ( Alor Setar )

Haaaa bawa duit la bagi banyak,,,


Adik yang berniaga buahulu ni pun hairan pasai apa aku ambil gambar kedai dia,,,,

Macam - macam kuih ada kat sini, moden atau tradisional pilih saja,,,,


Tu dia dah pekena bihun sup pulakkkk, kacau anak aku sorang ni, makan tak nak bagi orang suap, dia nak suap sendiri, tengok camca sama panjang dengan tangan dia,,,,,

buahulu panas,, tapi kalau beli waktu panas la, kalau beli waktu sejuk dia jadi buahulu sejuk la pulak, "sedap"


Titi pekan rabu sedang dibaik pulih, aku ingat nak bawa anak2 aku naik titi ini tapi apa boleh buat ia di tutup buat sementara waktu.
Dalam aku tengah duk rehat kat rumah macam mana,tiba-tiba otak aku terlintas nak pi pekan rabu, nak pekena bihun sup,nak naik titi pekan rabu,beli dodol, aduuuhhhhhh tampa lengah lagi aku pun ajak anak bini aku pi,,,,kalau dah pi tu alamatnya banyak benda la yang aku borong, buahulu,dodol,kain baju dan macam2 la dah bawa orang pompuan.
Dalam aku duk jalan2 kat pekan rabu tu aku tengok ada yang muka2 lama masih berniaga lagi kat situ,ada la 2/3 orang cam muka depa tu sebab dulu waktu aku belajar kat alor satar pekan rabu ini lah tempat aku beli buku rujukan, jadi pekan rabu ni memang telah banyak membantu golongan bumiputera dalam perniagaan. Jadi jika kita amati matlamat asal penubuhan pekan rabu ini, oleh Tun M memang telah mencapai sasaran.
Tengah aku duk makan kat situ, aku pun pesan buahulu panas, yang bestnya adik yang tunggu kedai tu pun hairan aku ambil gambar buahulu, dan gambar kedai dia,,, dia tanya aku abg nak buat apa ambil gambar tu? dia dah jadi cemassss,, aku bagi tahu saja nak tulis tetang buahulu dia, dia pun senyum.
Dah habis pusing aku pun duk kira nak lintas jalan pergi ke kereta, tiba2 orang rumah ajak pi lorong sempit pulak, dia nak tengok lorong sempit, dia kata lama tak masuk lorong sempit. memandangkan lutut aku dah semakin sakit aku kata lain kali saja kita masuk.
Itu lah kalau lama-lama sekali balik kampung, teringat la pulak tempat2 yang selalu dilalui semasa sekolah dulu. station bas lama/baru, station kereta api, dan banyak lagi. sebut tetang station kereta api sedih aku tengok,,, sempat la juga aku ronda malam tu, aktiviti malam masih dijalan seperti dahulu, apa nak jadi dengan anak bangsa aku. dimana silapnya, dimana penguat kuasa, di mana ahli politik, sedihhhh, seolah-olah tempat itu menjadi tradisi untuk golongan seperti itu. Dalam pengamatan aku, rasaya tempat itu boleh dibersihkan dari aktiviti yang tak bermoral itu, tapi tempat sahaja la, itu pun dah kira ok la tu,
Seingat 2 aku la, dari tahun 1990 hingga sekarang masih sama. aku rasa sebelum 1990 pun dah ada dah. Waktu aku duduk kat tanjong bendahara dulu, belakang kolej. selalu juga aku pi kawasan tu kebiasananya kami akan pergi selepas solat insyak',dengan lebai putih di kepala, dengan 3 atau 4 biji motor habis bertempiaran maknyah lari, seronok juga tengok depa lari hahaha. Untuk bersihkan tempat itu insyaallah boleh, kalau maknyah susah sikit sebab mereka ini sentiasa ada pelapis2 baru. Aku pun tak berani tunggu lama kat situ, takut kena cekup aku pun beredar, dengan seribu persoalan.