Saturday, July 3, 2010

Temurun

Hari ni cuti lagi,,, macam biasa aku pun,lepas menyorok terus kemarket, beli apa yang patut, balik rumah anak aku kata " ayah kita pi mandi air terjun" aku kata masak nasi lepas makan kita pi, bini aku kata pulak, " kalau nak pi mandi bawa bekal nanti sampai tempat mandi lapar" hahhhh kacau cam ni kalau nak bawa tu boleh,,tapi yg nak kena qembiang aku semua,,mana dengan anak lagi, bekai lagi,,,,aduhhhhh, apa boleh buat nak jaga hati depa ikut la akuuuuu,,,,,,
Jadi, set mandi kat temurun,sampai saja kawasan parking ada dah mamber jemput kedatangan aku sekeluaga, yg bestnya depa duk tengok bekai yg aku bawa saja,depa ni tolong makan boleh laaaa, aku ligan, depa genyeh,aku ligan depa genyeh,,,,beruk betul la depa ni.
Aduh nak panjat tangga ni yg tak tahan,bekai kena bawa, anak kena dukung, lenguh la jugaaaa, bila aku tengok mat saleh ni ambil gambar bini dia aku pun terlintas dalam kepala otak, mesti mat saleh ni tengok gambar Musang berjanggut, guna payung dalam hutan, untuk jaga keselamatan, daripada dipatuk ular ataupun ada ranting kayu jatuh,,,memang geliga otak P.Ramlee, mat saleh pun ikut nasihat dia,,,,


Yang duk kut atas batu tu budak 2 melayu kita la, memang berani, pak arab yg angkat tangan tu pun tak berani nak naik ,depa berani,,, lepas tu plit kut belakang pulak tu,,,memang hebat,, tapi ada silap sedikit sebab depa ni hanya berani terjun kat sini sahaja, jaguh kampung, kalau depa ada kehendak tentu depa dah jadi penerjun negeri kedah. Entah di mana silapnyaaaaa?


Cantik pemandangan air terjun Temurun ni, tambah pulak berada di kawasan hutan Gunung Mat Chincang. Sebut pasai hutan, kehidupan hutan ni ada la sedikit persamaan macam kita juga, contohnya kita ada yg duduk rumah satu tingkat, ada dua tingkat, ada epartment yg tinggi2 ada kondominium dan macam2 lagi, hutan pu sama juga.
Lantai hutan: Lapisan ini adalah kawasan yg gelap dan kurang menerima sinaran cahaya matahari. Pokok herba,rumpai ,belukar dan anak2 benih pokok akan tumbuh dikawasan yg mendapat cahaya.
Lapisan bawah hutan: hutan di peringkat ini lain sikit sebab pokok tak berapa besar, sebab dia hidup di kawasan yg tertutup, sesetengah dari mereka melambatkan tumbesaran dan menunggu pokok yang lebih besar mati.
Lapisan selira : hutan lapisan ini merupakan atap, dan memberikan hutan warnanya hijau dan kebiruan jika dilihat dari jarak jauh.
Lapisan Unggul : lapisan ini selalunya ia terdedah kepada angin yg kuat, dan ribut kencang. Cuba kita bayangkan bagai mana depa menhadapinya? Begitulah dalam mana2 organisasi, keluarga, masyarakat,tempat kerja, atau pun negara. hehehe hujah la pulak aku ni. Aku nak cerita keindahan hutan dan air terjun sahaja.

Hahhhhh ni la menu aku, memang tak terkata, dua kali aku tambah, mungkin kerana suasana yg menyelerakan.

Pak Arab ni duk tunggu tangok budak2 tu plit,,, lepas budak2 tu terjun dia pulak naik,tapi tak la setinggi budak2 tu.



Tudia anak 2 aku makan sampai menjilat jari. itulah lah walau pun penat yang penting depa gembira. dan aku lepas dari gotong royong hahaha.













Thursday, June 17, 2010

Pekan Rabu ( Alor Setar )

Haaaa bawa duit la bagi banyak,,,


Adik yang berniaga buahulu ni pun hairan pasai apa aku ambil gambar kedai dia,,,,

Macam - macam kuih ada kat sini, moden atau tradisional pilih saja,,,,


Tu dia dah pekena bihun sup pulakkkk, kacau anak aku sorang ni, makan tak nak bagi orang suap, dia nak suap sendiri, tengok camca sama panjang dengan tangan dia,,,,,

buahulu panas,, tapi kalau beli waktu panas la, kalau beli waktu sejuk dia jadi buahulu sejuk la pulak, "sedap"


Titi pekan rabu sedang dibaik pulih, aku ingat nak bawa anak2 aku naik titi ini tapi apa boleh buat ia di tutup buat sementara waktu.
Dalam aku tengah duk rehat kat rumah macam mana,tiba-tiba otak aku terlintas nak pi pekan rabu, nak pekena bihun sup,nak naik titi pekan rabu,beli dodol, aduuuhhhhhh tampa lengah lagi aku pun ajak anak bini aku pi,,,,kalau dah pi tu alamatnya banyak benda la yang aku borong, buahulu,dodol,kain baju dan macam2 la dah bawa orang pompuan.
Dalam aku duk jalan2 kat pekan rabu tu aku tengok ada yang muka2 lama masih berniaga lagi kat situ,ada la 2/3 orang cam muka depa tu sebab dulu waktu aku belajar kat alor satar pekan rabu ini lah tempat aku beli buku rujukan, jadi pekan rabu ni memang telah banyak membantu golongan bumiputera dalam perniagaan. Jadi jika kita amati matlamat asal penubuhan pekan rabu ini, oleh Tun M memang telah mencapai sasaran.
Tengah aku duk makan kat situ, aku pun pesan buahulu panas, yang bestnya adik yang tunggu kedai tu pun hairan aku ambil gambar buahulu, dan gambar kedai dia,,, dia tanya aku abg nak buat apa ambil gambar tu? dia dah jadi cemassss,, aku bagi tahu saja nak tulis tetang buahulu dia, dia pun senyum.
Dah habis pusing aku pun duk kira nak lintas jalan pergi ke kereta, tiba2 orang rumah ajak pi lorong sempit pulak, dia nak tengok lorong sempit, dia kata lama tak masuk lorong sempit. memandangkan lutut aku dah semakin sakit aku kata lain kali saja kita masuk.
Itu lah kalau lama-lama sekali balik kampung, teringat la pulak tempat2 yang selalu dilalui semasa sekolah dulu. station bas lama/baru, station kereta api, dan banyak lagi. sebut tetang station kereta api sedih aku tengok,,, sempat la juga aku ronda malam tu, aktiviti malam masih dijalan seperti dahulu, apa nak jadi dengan anak bangsa aku. dimana silapnya, dimana penguat kuasa, di mana ahli politik, sedihhhh, seolah-olah tempat itu menjadi tradisi untuk golongan seperti itu. Dalam pengamatan aku, rasaya tempat itu boleh dibersihkan dari aktiviti yang tak bermoral itu, tapi tempat sahaja la, itu pun dah kira ok la tu,
Seingat 2 aku la, dari tahun 1990 hingga sekarang masih sama. aku rasa sebelum 1990 pun dah ada dah. Waktu aku duduk kat tanjong bendahara dulu, belakang kolej. selalu juga aku pi kawasan tu kebiasananya kami akan pergi selepas solat insyak',dengan lebai putih di kepala, dengan 3 atau 4 biji motor habis bertempiaran maknyah lari, seronok juga tengok depa lari hahaha. Untuk bersihkan tempat itu insyaallah boleh, kalau maknyah susah sikit sebab mereka ini sentiasa ada pelapis2 baru. Aku pun tak berani tunggu lama kat situ, takut kena cekup aku pun beredar, dengan seribu persoalan.







Thursday, May 20, 2010

Ubur-Ubur (Star Wars)

Ubur-ubur (juga dikenali sebagai ampai-ampai) merupakan haiwan yang tergolong dalam filum cnidaria, termasuk dalam kelas biologi skifozo. aku ingatkan semua ubur2 tinggal di laut( air masin ) rupa-rupanya ada yang tinggal kat air tawar.

Bentuk ubur2 dewasa terdiri daripada 95-99% air. Kesemua spesies terdapat di kesemua lautan dunia, kecuali beberapa spesies yang tinggal di air tawar. Tapi gambar ubur2 yang aku ambil ni semuanya kat laut, kawasan tempat aku lepak2. Ubur2 ni terapung bebas yang makan ikan dan zooplankton kecil yang terperangkap dalam sesungut mereka. Ubur2 mempunyai sistem penceranaan yang tidak lengkap, bererti bukaan yang sama digunakan untuk memasukkan makanan dan mengeluarkan najis.Yang menarik perhatian aku untuk cerita tentang ubur2 ni bukannya pasai apa, ada seorang kawan kat tempat kerja aku kata, ubur2 ni nampak macam kapal perang dalam filem star wars,,,,,tapi betul juga aku tengok, cuba kita pakat2 pi kelaut dan tengok dalam kuantiti yang banyak, memang betul la, otak dia ni memang otak katun dan sains fiction, tu belum masuk lagi cerita kalau rasaksa tiba2 muncul kat tempat aku. Apa aku nak buat? mai kita pakat2 fikir...he3

Ubur2 ni berenang dengan kuasa denyutan yang dikawal oleh otot-otot dan sarafnya. Alat pengimbang udara yang terdapat pada tubuhnya membolehkan ia terus terapung atau tenggelam. Sesungut yang terdapat pada ubur2 digunakan sebagai senjata dengan menyengat mangsanya. Ikan dan juga manusia boleh menjadi lumpuh jika terkena sengatan ampai-ampai ini.Untuk rawatan kecemasan yang selalu kami amalkan apabila ada sapa2 yang tekena ubur2 kami letakan cuka. Ala cuka yang kita buat masak tu, jangan hampa pi letak cuka getah pulak.

Ubur2 ni kalau waktu aku duk pi ke laut dulu,( rawa udang ) lagi banyak masuk pukat aku, udang pun waktu tu la yang nak banyak. dah berat sepasai nak angkat dia dari pukat, gatai lagi satu pasai, itu belum masuk beronok lagi, tapi dah itu memang kerja aku sebagai nelayan terpaksalah, waktu tu aku masih lagi bersekolah, sedih kalau aku ingat waktu tu. Apapun aku bersyukur, "alhamdulillah". Nanti lain entry aku cerita tentang beronok pulak,,,

Wednesday, May 19, 2010

Lubuk Semilang

Setelah dua minggu aku tangguhkan plan untuk bawa anak-anak pergi berkelah akhirnya pada sabtu minggu ketiga aku pun meluangkan masa bersama keluarga dan sepupu2 aku pergi berkelah di 'lubuk semilang', untuk makluman bukannya lubuk ikan semilang yang kat dalam laut tu,,,ini nama tempat la,,,,

Perghhh punya banyak air sampaikan wakaf tempat aku sekeluarga lepakpun dinaiki air, sejuk tak payah cerita la, air bukit katakan, ikan bukit punya banyak sampai celah2 tiang wakaf pun dia berenang, nasib baik lintah bukit tak nampak, kalau nampak mesti tangkap punya boleh bagi kepada kawan aku yang suka sangat jual ubat tradisional.
Boleh dia buat minyak......tapi kalau dia buat pizza haaaa, kacauuuu. aku bagi boss aku try hehehehe...



Yang sorang ni pun satu haru, aku nak tangkap gambar ikan yang dia tutup muka pasai apa,,,,,,air naik dah keliling tempat bara api aku dah nasib baik sempat masak ikan aku.

Habis dengan periuk belanga orang rumah aku bawa. berkelah sunguhhh.
Tak mengapa asalkan aku bahagia disamping keluarga yang tersayang.
Jadi masa2 beginilah aku kena manfaatkan sepenuhnya.
Dah letih mandi dan makan lebih kurang pukul 1 tgh hari aku pun beransur pulang sebab anak aku yang kecil tu dah nak lena laaaa. tapi bila pulang aku yang lena dulu dari depa,,,he3

Wednesday, May 12, 2010

Wahai Burung

Burung Bangau sedang menikmati keindahan di waktu matahari terbenam.

Burung bangau dan burung layang2 di alu alukan kehadiranya di kawasan tempat kerja aku,sehinggakan kami menyediakan tempat untuk dia makan, tetapi satu masalah apabila burung2 ini melepas, maka tukang cuci seperti akulah yang kena cuci, mahu berpeluh satu badan, aku ingat nak minta kat aku punya boss untuk buat toilet kepada burung-burung ini.

Tapi kalau aku kena cuci sebelah petang, dapatlah aku menikmati pemandangan ketika matahari terbenam.


Sambil memerhati matahari, aku terasa sedih kerana melihat pergerakanya yang begitu cepat meninggalkan waktu siang, begitulah juga dengan hidup aku.




Tuesday, May 11, 2010

Merawat Hati


Jangan sekali-kali mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain.Cukuplah pahala dari Dzat tempat bergantung segala makhluk. kita tidak perlu takut terhadap orang yang kufur, pendendam dan iri hati.

Jika kita sedang marah, janganlah berbicara. Mohonlah perlindungan Allah dari gangguan syaitan dan ubahlah posisi , jika kita marah sedang berdiri, maka duduklah, jika masih marah, berwudhuklah, dan perbanyakkan zikir pada Allah.Jangan sekali-kali kita putus asa dari pertolongan Allah. Dan jangan putus harapan dari rahmat Allah. Jangan lupa akan pertolongan Allah sebab pertolongan Allah akan turun dengan dengan derita yang dialami.Kebaikan yang tersembunyi di balik sesuatu yang kita benci terkadang lebih banyak daripada yang ada dalam sesuatu yang kita sukai, kerana kita tidak mengetahui akibat yang akan terjadi, Betapa banyak kenikmatan yang tersembunyi dalam kesulitan dan betapa banyak kebaikan yang ter-sembunyi di balik baju keburukan.--

Jangan menampal dunia dengan mengoyakkan akhirat.
Janganlah menjadi begitu masin..sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku terlampau manis, sehingga mereka menelan dirimu begitu saja...

Have a unique character like saltits presence is not felt but its absence makes things tasteless.
sumber : TTS

Saturday, April 3, 2010

MSSD Langkawi 2010

Setiap hari aku kerja pagi dan balik malam,jadi minggu ini punya cuti,aku pun layan la kehendak anak - anak nak pergi tengok majlis perasmian mssd langkawi,,,walaupun anak aku tak terlibat dalam pembarisan, tapi best juga,,,sungguh tak disangka, aktiviti sukan kat pulau langkawi ni memang selal u mendapat sambutan dari masyarakat setempat.



Tengok adik2 ni sedang kawat, teringat pula waktu aku di sekolah rendah dahulu, memang aku adalah diantara orang yang sibuk, selalu sahaja terliat dalam pembarisan, baik peringkat sekolah mahupun peringkat daerah,,teringat la pulak kepada cikgu lah uban dan cekgu pak daq,,,merekalah orang yang bertangungjawab membawa aku masuk pengakap, aduh best gilerrrr,,,,


Tahun ini keputusan keseluruhan bagi kategori sekolah menengah johan jatuh kepada sekolah menengah kebangsaan kedawang,,,, tahniah kepada guru2 dan para peserta,,untuk yang tidak berjaya kita cuba lagi tahun hadapan,,,







hahaha kalau nak tahu, inilah maskod sukan "Naga"
tapi tak ada api,







Saturday, March 20, 2010

Sambutan Maulidul Rasul 2010

Kalau nak tahu inilah aktiviti yang telah dilakukan oleh aku dan semua haji dan hajah kat tempat keja aku semasa sambutan Maulidul Rasul 2010 bagi kariah Kuala Teriang, bersama penduduk kampung,yang berlangsung pada 10 march 2010,ramai la juga penyertaan,,,sehinggakan YB pun turut serta dalam majlis tersebit,,,,
Kalau nak kira perjalanan kami agak jauh juga tetapi tidak terasa kepenatan kerana pada masa yang sama selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.W.A berkumandang di udara yang telah dilafazkan oleh semua peserta perarakan....




hahaha ni semua haji2 yang mengepalai tempat kerja aku...



Sebahagian haji dan hajah yang sempat bergambar,,,,,




Ni Hajah Faridah dah Hajah Yati,apa yang depa sembang aku tak tau mengumpat apaaaa,,,,



Yang ni pulak Haji2 muda,kalau tengok gaya tengah duk baca selawat,tapi geng ni kalau bagi skrip lagu lagi hebat,,,


Ni antara hajah2 dari tempat kerja aku,,,,

Beratur panjang menunggu giliran untuk berjalan,,kelihatan haji Mat akhir antara yang berada di barisan hadapan,,,

Hajah Nini, kena tinggal di belakang,,

Apa yang penting setiap tahun kita semua menyambut maulidul Rasul,dengan pelagai tema sambutan,tetapi sejauh mana kita beramal dengan apa yang telah diamanah keatas kita???? Bersamalah kita renung dan berfikir sejenak, insyaallah bersamalah kita berdoa agar kita sentiasa berada dijalan yang diredoi dan diberkati Allah...Amin,,,,








Friday, March 5, 2010

Jurufoto


Dia tarik pasir dari pantai terus kebilik jadi satu kerja pulak aku punya geng kena sapu,, apapunya jenis baju laaa

Yang bini pakai baju punya cantik laki dia pakai jeans pun tak sempat nak buka lipatan kaki apa punya kalut laaa,,



Ini berlaku pada minggu lepas,sewaktu aku sedang melakukan rondaan, terlihat sepasang penganti sedang merakam gambar kenagan,itu tak apala tetapi yg menjadi masalahnya apabila boss aku suruh aku pergi tanya pasangan terbabit dan menawarkan pertolongan,,,,untuk memantu menjadi jurufoto pulakkkkk,,,sembang punya sembang, rupa-rupanya pasangan itu dari Rusia, baru 10 hari kawin,,,yang bestnya ukan setakat jadi jurufoto sahaja,aku kena angkat diapunya baju pengantin juga sebab terlalu labuh susah nak berjalan laaaaa,,,last sekali sebelum tamat sesi fotografi aku pun apa lagi minta izin abil gambar melalui kamera aku la pulak, aku bagi tahu nak letak dalam aku punya blog,,lalu dia kata ok,,, aku apa lagi tangkap la,,,,,

Sunday, February 21, 2010

alhamdulillah Syukur



Ini cahaya mata ku yang no 2 bak kata perpatah bapak borek anak rintik,,,,"kepada tuhan tempat ku berserah dan kepadaNYA ku pohon pertolongan",,,,,,

Monday, January 11, 2010

Rahsia Tahi Lalat

Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda
pada
> badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana
> kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa
> diajarkan di kalangan Masyarakat melayu.Hanyalah sekadar menambah
> pengetahuan.
>
> * bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
> * bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
> * bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
> * bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
> * leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
> * leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
> * leher di tengah - tercapai cita-cita
> * biji mata kanan - suka serong dan pembohong
> * biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
> * hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
> * hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
> * betis kanan - suka berhibur, boros
> * betis ! kiri - rajin,tidak suka menganggur
> * lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
> * lutut kiri - kurang kuat berusaha
> * kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
> * kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
> * kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
> * kening kanan - cerdas dan cekap
> * kening kiri - cerdas, sopan santun
> * tengah kening - keras hati, berani segala hal
> * hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
> * hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
> * ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
> * ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
> * pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
> * pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
> * batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
> * pada hidung - banyak rezeki
> * dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
> * dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
> * kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama
> * di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2
> * tumit kanan - jujur dan banyak kawan
> * tumit kiri - baik budi
> * alis kanan suka - menolong, baik hati
> * alis kiri - ramai yang suka
> * pangkal peha kanan - kemahuan kuat
> * pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
> * telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
> * jari kaki kanan - suka menolong
> * jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
> * bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
> * bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
> * lengan kanan - setia dan taat pada atasan
> * lengan kiri - menepati janji dan rajin
> * pipi kanan - ramai teman
> * tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
> * tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
> * ubun-ubun - kurang jujur
> * pusat - cerdas, tangkas, tekun
> * pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
> * pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan
> * pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
> * pinggang kiri - disayang pasangan hidup
> * dada kanan - dapat mengatasi masalah
> * dada kiri - berani, jujur dan sabar
> * telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
> * telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
> * siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
> * siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
> * jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
> * jari tangan kiri - serba baik bekerja
> * jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
> * jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
> * perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
> * perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
> * sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
> * sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
> * sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta
> * pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
> * pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
> * kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah,berjaya
> * kelopak mata kiri atas ! - baik budi, ramai yg suka
> * elopak mata kanan bawah - agak malas
> * kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana
>
> Jadi pakat2lah tilik korg punye tahi lalat ye!!!!!

Saturday, January 9, 2010

Pesanan Imam Al Ghozali

Assalamualaikum Warohmatullohi Wabarokatuh
Bissmillahirrohmaan irrohiim

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran". QS. Al-Ashr (103) : 3.

1. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ? 2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ? 3. Apa yang paling BESAR di dunia ? 4. Apa yang paling BERAT di dunia ? 5. Apa yang paling RINGAN di dunia ? 6. Apa yang paling TAJAM di dunia ? Jawabannya: ------------ --------- --------- --------- --------- --------- - Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya....


Pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab : "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu BENAR. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Q.S. Ali Imran [3] : 185 "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" .)


Kedua,
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid -muridnya menjawab : "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang" . Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawaban yang mereka berikan itu adalah BENAR. Tapi yang paling benar adalah MASA LALU. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Ketiga,
"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab : "gunung, bumi dan matahari". Semua jawaban itu BENAR kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah NAFSU (Q.S. Al-A'Raf [7] : 179 "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai".). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Keempat,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab : "besi dan gajah". Semua jawaban adalah BENAR, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Q.S. Al-Ahzab [9] : 72 "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat lalim dan amat bodoh",). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.


Kelima,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab : "kapas, angin, debu dan daun-daunan" . Semua itu BENAR kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT. (QS.An-Nisa [4] : 103. "Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman".Gara-gara pekerjaan, kita meninggalkan sholat; gara-gara bermusyawarat, kita meninggalkan sholat.

keenam ,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab dengan serentak : "pedang". BENAR, kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. QS. Al-Ahzab [33] : 19. "Mereka bakhil terhadapmu apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pingsan karena akan mati, dan apabila ketakutan telah hilang, mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan. Mereka itu tidak beriman, maka Allah menghapuskan (pahala) amalnya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah".Karena melalui lidah, ,manusia selalu menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Semoga bermanfaat

Wassalamu'alaikum Wr. Wb

sumber taman2 syurga