Monday, May 19, 2014

Hari Guru

Hari guru datang lagi, kalau dikenang kembali jasa guru-guru yang telah mendidikku memang tidak dapat dikira...sehinggalah aku dikedudukan sekarang, bukan kata berjaya tetapi alhamdulillah hasil pendidikan yang aku terima dari guru-guru formal dan tidak formal dapatlah aku guna sebagai modal untuk aku membina keluarga disamping  berharap kepada kejayaan dan kebahagiaan anak cucu yang diberkati Allah S.W.T.

Yang menariknya hari guru tahun ini adalah Cekgu Marzuki Guru Matametik masa aku belajar kat Sekolah Menengah Air Hitam. Beliau secara perlahan datang kepada ku dan berkata,
"Dah dua hari saya perhatikan awak", dulu sekolah kat mana?
Aku jawab Saya sekolah kat SMAH tahun 89-93.
"Puaiiihhh Cekgu  sendiri pun awak tak kenal, saya mengajar awak dulu kat sekolah itu"
Dengan rasa rendah diri aku apa lagi memohon maaf termat sangat pada cekgu kerana tidak dapat mengecam wajah cekgu yang talah mencurahkan ilmu pada aku.
Cekgu kata pada ku yer laa sapa nak cam cekgu ,,cekgu makin tua ,,hampa makin hensemmmm....sambil bergurau...
 Sebenarnya kejadian seperti ini yang menakut kan aku ,kerana orang lain mudah untuk mengenali aku mungkin kerana fizikal yang comey...tapi aku nak mengecam org, susah sikit sbb ada yang berubah mengikut umur...kalau tak tegur nanti orang kata sombong ,,,,kalau ada org macam cekgu marzuki ok lah,,,dia faham...Maaf sekali lagi cekgu.

Cekgu Marzuki ni isteri dia pun cekgu aku juga dulu Cekgu Noraini yang mengajar sain pertanian. 
Sepanjang perbualan dengan cekgu marzuki dapatlah bercerita tentang keluarga masing2 diapun dah bercucu...

Selamat Hari Guru ....Pada mereka yang bergelar guru....dan bertugas sebagai pendidik,,tak kira di dalam sektor apa sekalipun, janji ajar benda yang baik dan berguna pada anak bangsa.


                                                            Terima Kasih Cekgu                      
Cekgu Marzuki dulu kalau ajar Mate tak faham juga dia akan pulaiiihhh perut...sakit ooooooo