Wednesday, January 13, 2016

Nur Athirah Hazwani sudah Remaja

Masa berlalu dengan pantas, dia membesar didepan mata, Rupanya anak aku dah pun berumur 14 tahun, Masa untuk berkawan sambil mendidik perlulah aku terapkan,

Dalam kehangatan pasukan bola sepak kedah memenangi beberapa perlawanan musin 2015. Dia pun mengajak aku menonton perlawanan diantara kedah dan felda united. Bagi mencapai hasrat tersebut dan tidak dipersetujui oleh adik2 nya akirnya, bawa juga dia menonton perlawanan tersebut.


Sudah hampir 5 tahun aku tidak bawa dia menonton mana2 acara sukan dalam stadium, last kami sekeluarga menonton perasmian sukan sukma di kuatan 2011 kalau tak salah, Orang ramai berasak2 itu yg menyebabkan aku tidak suka membawa mereka ketempat sedemikian , bukannya apa demi keselamat mereka sahaja, tetapi kali ini memandangkan dia pun sudah besar dan ditemani oleh mak suadara dan bapak2 saudara terpaksalah aku layan juga.
Ini lah dia Adik Beradik Sepupu sepapat..

     
             Sebelom bertolak ke stadium darulaman malam tersebut aku berjanji pada dia dan adik2nya jika kedah layak ke final - ayah bawa sekeluarga ke Shah Alam dan balik kita pi Cameron Higland. Nak dijadikan cerita kedah pun menang 2-1 pada malam tersebut.. bagi tidak menghampakan meraka aku pun menunaikan janji,, berkonvoi lah ke Shah Alam.. Anak2 amat gembira inilah kali pertama kami  akan menonton perlawanan akir di stadum yang besar... alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yg dirancang. Cuti akhir tahun 2015, walaupun tak sejauh mana tetapi semua syokk ...Alor Setar - Shah Alam- Cameron - Alor Setar...

Angah dan Adik di perkarangan parking stadium shah Alam 

Nur Athirah Hazwani di Final Piala Malaysia 2015 
Waalaupun kedah kalah,, Tapi aku tetap gembira, kerana mereka disampingku.
In Sya Allah kalau dipanjangkan usia dan dimurah kan rezeki,,, kita jalan lagi yerr,,,