Saturday, May 4, 2019

Memori Anak Laut 2

Jom kita kelaut 

Pada 1989 dikala usiaku mencecah 13 tahun, pengalaman aku sebagai anak nelayan makin mencabar,
pada usia ini aku baru mengenal erti keperitan nelayan yang kelaut untuk memukat ikan. 
kalau diceritakan tentang saiz aku ketika itu memanglah kecil. 

Selepas pulang dari sekolah (Khamis) pada pukul 6.30 ptg aku akan bergegas pulang, tak kisahlah dengan ayah  atau pun bas aku akan balik secepat mungkin, mata aku akan memerhati kearah pelantaq ikan memerhati sama ada perahu masih dipengkalan, kerana aku tahu ada seorang lelaki sedang menunggu aku untuk diajak kelaut, terutama sekali jika hari khamis dan dan hari cuti sekolah. Mungkin mak dan ayah aku membenarkan aku kelaut pada mlm hari pada masa itu adalah kerana :- 

1. lelaki itu pak sauadara aku adik mak (arwah nyang Hassan)
2. mak nak aku tahu erti kesusahan dan memang kami susah
3. ada sedikit upah untuk aku selepas jualan ikan(walaupun tak banyak) 

Ya memang tak banyak yang dapat aku membantu beliau dalam kerja semasa kami dilaut hanya sekadar tarik pukat dibahagian kajaq pelampong sahaja kerana itu lebih ringan,kadang kadang lepas kajaq pelampong aku dah tak boleh kerja sebab muntah, hehehe. 
bila pukat mengena ikan yu pula aku sekadar tengok sahaja beliau memegang ekor ikan untuk ditarik naik kedalam perahu. ada diantara ikan yu yang kami dapat melebihi saiz badan aku dan lebih panjang dari aku. 

Sebenarnya walupun aku anak laut dan kelaut sejak kecil aku ni mabuk laut (sehingga sekarang). selepas melabuhkan pukat semasa menunggu untuk ikan mengena aku akan tidur dan cuba lena di haluan perahu,, kadang2 sampai muntah, tapi arwah tetap tunggu aku jika aku cuti sekolah untuk bantu dia , aku rasa mungkin arwah berfikir dari dia bagi upah pada orang lain baik bagi pada anak menakan dia sendiri. 

Pengalaman ini akan kuingat selagi terdaya, kerana pengalaman ini juga membentuk sasiah diri aku. 

Allahhuakhbar tak ternilainaya pengalaman ini. ❤❤❤😭😭😭😭😭

Sunset dari Kuala Tunjang 
kadang2 senja seperti ini aku sudah berada dilaut 


Birut masih kelihatan walaupun sedikit 


Pemandangan ini aku akan perhatikan dulu  sama ada perahu arwah masih disitu, Sehingga sekarang aku masih meraskan arwah masih ada kat atas pelantaq itu walaupun aku sedar arwah sudah tiada.



 Setelah dua atau tiga kali pukat dilabuh kami pun akan beransur pulang dengan hasil tangkapan yang tidak seberapa, dipelantar itu dan dalam perahu lah ikan akan disimpan sehingga hari cerah. esok pagi arwah akan pergi ambil ikan untuk dijual.

Betapa selamat dan amanya kampung ketika itu jarang dengar kes kecurian hasil laut ,, tapi kalau kecurian ternakan lain ada laa  tak sehebat hari ini, sehinggakan (tak boleh lepa apa) kata org kedah.

Setelah mendapat hasil jualan arwah akan bagi duit upah pada aku mungkin pada masa ini upah itu sedikit tapi memang besar pada aku dan keluar pada masa itu. ada masa dapat RM 20  ada masa RM 50 lebih aku dah senyum sampai telinga.




Al Fatihah untuk Arwah Nyang Hasan . 
Tegas dan adil dalam menghukum kesalahan kami. semua dia tibai (rotan) kalau salah tak kira anak sapa ... 
selalu mengusik wawa n angah , itu membuatkan budak2 tu ingat kat dia sampai sekarang.
Semoga Arwah ditempatkan bersama para Solehin 

Bila melihat air bergelora di pintu tandop, perasaan dalam hati dan memori aku akan turut bergelora  mengenangkan kehidupan lampau kami semua yang bergelar anak laut. 



Terima Kasih pada tuan punya gambar,, 
nanti aku akan cerita pula pasai sungai sebelah sini pula yang menjadi sumber air kami satu ketika dulu . 




2 comments:

  1. Alhamdulillah...knangan lalu....kenangan mncari ketam..cri kerang..cri lala...blum dcerikan lgi...rindu arwah njang...mmang tegas arwah njang..spa naik pkok nyior..smua kna tibai la

    ReplyDelete