Lan Kelantan nama gelaran yang sinonim dengan budak budak dari kelantan , Nama sebenar beliau adalah Mohd Adlan Bin Awang Mat Amin.
Lan kelantan adalah seorang susuk tubuh yang pada masa mudanya sangat aktif bersukan dari sukan bola sepak, badmintan , bola pantai dan sebagainya beliau sangat aktif, Sejarah perkenalan aku dengan dia adalah sekitar tahun 1999 ketika kami sama sama kerja hotel di Langkawi. Beliau adalah yang rajin bekerja cuma kelemahan beliau adalah susah nak bangun, Semasa dia tinggal di kuarters jika kerja pagi acap kali akan adalah rakan sekerja yang kena kejut beliau untuk ketempat kerja, Tetapi tidak lama beliu telah pindah kerumah sewa bukit nau bersama Dee.
Masa berlalu aku pun dah kahwin pada tahun 2001, sementara aku belum membawa isteri tingal bersama beliau duduk bersama dengan aku , tidak lama selepas itu isteri aku pun pindah kerumah aku , maka lan pun duduk lah di kuaters kembali.
Fasa aku berumah tangga dan ada seorang anak, dah tentu ada pasang surutnya lan kelantan yang banyak membantu aku, adakala aku terputus pampers anak lan kelantan lah yang membantu. Jasa beliau kepada keluarga aku tidak dapat dibalah dengan wang ringgit.
No comments:
Post a Comment