Masa kat langkawi dulu aku selalu pergi kerumah Lang Jah dan Paklang mail, kedua2 insan ini banyak mempengaruhi kehidupan keluarga aku, dari pergaulan dan gaya hidup. Mereka berdua akan tahu hari apa aku akan pergi rumah depa, kalau aku tapi depa akan telepon tanya napa tak mai, tak sihat ke? Paklang Mail yang paling kalut.
Apa yang bestnya langkah kaki masuk rumah air teh dah siap, anak aku kata dulu, nak mai minum air teh Cu Da, anak no 4 paklang. Begitulah setiap kali aku pergi kerumah depa. aku selalu pesan pada anak2 aku , hampa tengok macam mana Cu Da dan Makcik Milah, tak sempat kita duduk depa dah siap minuman , hampa pun kena mcm tu jangan tunggu ayah dan mak suruh maru nak buat ayaq bila orang mai rumah.
Satu lagi anak aku sukan makan bila pergi rumah tok lang adalah nasi goreng tok lang, nasi goreng biasa je di goreng minyak dan garam, lepas tu pecah telor siap .. simple tapi itu yang membuatkan keluarga aku teringat pada lang dan pak lang.
lebih kurang mcm ni nasi goreng tu , ni isteri aku masak sarapan pagi tadi
Semasa isteri nak melahirkan angah dan adik wawa dulu paklang dan lang yang paling kalut. depa dua lah yang tunggu isteri aku di hospital siang dan malam. aku macam biasa la kerja, hehehe.
No comments:
Post a Comment