Tuesday, July 21, 2026

Exit Plan 2

 

Kadang2 terfikir ada apa aku nak buat kalau dah tak kerja, selain niaga kerisik apa lagi yang aku boleh buat. pelihara kambing tiada kawasan, Pelihara ungas ? ok juga hanya sekeliling kampung sahaja. akhirnya aku cuba ayam dan puyuh. 

Sudah hampir setahun aku berkecimpung dalam peliharaan puyuh, kenapa puyuh aku pilih untuk ternak jika pencen nanti. Ramai orang kata pelihara puyuh jenuh angkut dedak, sebenarnya salah tanggapan tu. untuk kawal makanan dia kita perlu bagi ikut sukatan dan masa tertentu, jika kita letak makanan tak ikut sukatan dan masa itulah yang menyebabkan ada perkataan jenuh angkut dedak. 

Bagi menimba ilmu aku masuk live orang2 yang dah berjaya dalam industry puyuh dapatkan tip tip cara peliharaan dari penetasan telor sahingga la pungut hasil. Alhamdulillah kini kini puyuh aku dah 300 ekor dalam suatu masa, menghasilkan pendapatan sampingan dan aku kata pada anak2 aku ni ATM mesin jaga elok2 hari - hari boleh tekan duit. Sekarang hasilnya dah mencapai sehari RM 20, bayangkan kalau aku pelihara 500 ekor.

Ada seorang sahabat aku Rohana dia memaklumkan kepada aku bahawa dia ada maklum pada jabatan haiwan tentang usaha yang aku sedang buat, Dia pula sedang pelihara kambing dia sarankan aku ke Jabatan Haiwan untuk aku besarkan lagi usaha aku dan mendapat bimbingan dan bantuan dari kerajaan . Idea yang bagus, cuma aku masih tidak berkesempatan untuk ke Pejabat berkenaan, insyaallah akan aku usahakan untuk mendapat pandangan dan bantuan Jabatan bila kelampangan. 

Antara Induk puyuh yang panling lama 

Ini masih muda belum mengeluarkan hasil

Hasil dari masuk kelas on line berjaya buat 2 unit mesin penetasan dan semua puyuhaku hasil keluaran dari mesin ini. kira dah berjaya la buat, tapi masih belum sempurna. untuk kali ini aku tetas telor ayam pula, insyallah tak berapa hari lagi akan menetaslah ayam kampung dan ayam lowmann Brown.
Kali bertama dulu aku buat mesin ini anak2 gelak depa kata boleh menetas ka ayah, depa kata hari2 ayah buka tengok, ih macam tak menetas pun depa tunggu tarikh tu sampai nk gelak kan aku je. Akhirnya tarikh sampai puyuh pun menetas seekor demi seekor, hahahaha masa aku gelak tak depa pula, Faham2 la bila project yang kita buat berhasil betapa happy aku . 

Nasihat untuk anak2 aku . Kita nak berjaya perlukan langkah pertama tanpa melangkah kita tidak akan kemana mana hanya sekadar angan- angan. Buat lagi dan lagi sehingga berjaya. kerana gagal sekali tidak bererti gagal untuk selamanya. 






No comments:

Post a Comment