Saturday, July 11, 2026

Menyulam Padi

Biasa kalau orang menyulam padi depan rumah aku kebanyakan aku kerja, tapi hari ini dapat tengok, bila tekgok makcik makcik ni kerja aku pun teringat pada mak aku, tok piah, lang jah dan ndak dah. 

Kehidupan kami dulu memang dengan hasil bendang dan laut sahaja, Depa akan ambil upah menyulam atau pun menanam padi, dengan upah sepagi RM 10. 

Boleh dikatakan hampir setiap hari depa akan ada sahaja kerja, ada hari depa kerja bendang cina seng maka naik lori lah depa untuk bendang yang  berada di kawasan gunung keriang.

Begitulah kehidupan kami, nak kata mewah memang tiada la. hanya cukup2 makan sahaja. Pernah satu malam lepas boleh duit padi ayah bawa kami semua makan di kedai mamak dekat air hitam, itu pun dah rasa nikmat dah walaupun makan dikedai semusim sekali. 


      

Ditengah panas makcik2 ni bekerja demi RM 50 sepagi. 

      

Aku menjemput makcik2 ni berteduh seketika sambil minum kopi didepan rumah aku. Aku rasa kalau aku memang tak sanggup lakukan dah kerja seperti ini tapi makcik ni tetap melakukanya sebab depa tak boleh kerja lain dah ini lah kerja depa dari dulu lagi, jadi tak jadi masalah bagi depa. 

Aku berharap anak anak aku belajar lah rajin rajin pilih bidang kerjaya yang sesuai dengan kemampuan, Ingat ayah kamu datang dari keluarga miskin tegar.  



No comments:

Post a Comment