Wednesday, July 15, 2026

Membaca Jambatan Ilmu


 Ustazah Asma Harun, seorang pendakwah yangaku selalu follow juga dalam live dia dan buku2 tulisan beliau, beberapa kali datang ke hotel tapi aku tidak menggangu dia, pertama dia berstatus ustazah, kedua dia memang sibuk, Dia tak sombong pun cuma kita rasa malu untuk bergambar dengan dia. Pada 2025 ada satu program di anjukan oleh kerajaan negeri kedah. iaitu kedah berselawat. Ustazah seorang penceramah. 

Malam Sebelum ustazah ke program tersebut dia berada dilobby hotel bersama keluarga, aku pun  menyapa beliau, Assalammualaikum Ustazah. Dia jawab salam tersebut. Aku berterus terang dengan dia nak minta autograf, dia pun menjawab boleh, di mana saya nak sign. Aku pun kata sekejap, aku masuk dalam office aku bawa keluar sebuah buku hasil penulisan beliau. 

Dia terkejut dan memangil suami anak2 masyallah en azlan baca buku kita. setelah beberapa soalan ditanya ustazah beliau pun menurun kan tanda tangan dan titip kan ucapan kepada aku sekeluarga. 

                           


Ya Allah kepada Mu Aku Kembali 

Amminnn 

Selain buku ini ada naskah  lagi buku karangan beliau aku baca, berjudul "sahabat dunia akhirat"
betul kata guru terdahulu peribahasa ada mengatakan "membaca itu jambatan ilmu"

No comments:

Post a Comment