Sunday, July 19, 2026

Exit Plan 1

Bila letih dan penat bekerja kadang kadang aku terfikir juga apa yang akan aku lakukan bila dan pencen nanti. Macam idea datang dalam kepala laa. Salah satu yang aku nampak adalah industri halal kerana rata rata org kalau beli product tengok ada halal atau tidak. 
Apa yg aku nampak kerisik ada pontensi untuk berniaga dan proses permohonan halal tidak la susah sangat aku nampak sebab ia menggukan sumber asli. 

                                           kerisik mak cik rohana 
Kata Makcik " Raya ni dekat lan bagi lebih sikit" itu ayat satiap tahun 

Ilham dari mak cik rohana ni lah aku nampak boleh diketengahkan dgn syarat usaha bersungguh sungguh Insyaallah. Buat secara skala kecil dulu. Letak kedai - kedai runcit. Ia tidak perlukan kos yang banyak kelapa, gas, dan tenaga kerja je.. Sekilo RM 20. Untuk kedai runcit aku boleh letak pack kecil. Rm 5 satu bekas. Itu la angan -angan aku jika diberi kesampatan. 
 
Mak Cik Rohana ni dia pun buat secara kecil kecilan dengan dibantu oleh anak dia Tazri. Alhamdulillah sentiasa laku dan habis itu yang buat akau rasa macam mampu lakukanya. 


              mak cik rohana sedang menjamu selera
                                

Dengan kelapa yang banyak di rumah aku dan kebun orang.. Hahaha aku rasa idea untuk berniaga kerisik boleh membantu aku menjana pendapatan. Tak perlu banyak cukup menyara hari tua aku. Hehehehe harap makcik tak marah kalau aku jual kerisik sama.. Tapi aku jual area kg aku la. Mak cik area alor setar.
 
Exit Plan 1 tunggu sambungan exit plan 2. 

No comments:

Post a Comment