Thursday, July 16, 2026

Cabaran hidup


Gambar dibawah di screen shot semasa aku sedang live dalam tik tok, sebenarnya aku tak pernahpun kaluar dalam mana2 live yang dilakukan oleh kawan2 aku . Tapi pada hari ini aku teringin nak mencuba hahaha maklumlah kali pertama pada awal agak kekok sedikit, selepas beberapa minit alhamdulillah dah ok . Pada live tu kami berjaya jual bilik sebanyak 4 bilik ok la dalam masa 30 minit 

                         
 
Apa yang aku nk cerita disini adalah bertapa sukarnya ekonomi sekarang sekarang kita perlu fikir mengikut peredaran zaman dan tidak boleh selesa dengan apa yang kita ada sekarang. sebab dunia makin mencabar.

Bila aku fikir kembali begitu juga dengan kehidupan kita makin hari makin berubah dari segi sistem kehidupan. atau pun corak kehidupan

Satu ketika ....

Dulu aku pergi sekolah dengan menunpang moto kawan (bullah, rashid,dee) tengok sapa lintas dulu . pernah sekali aku dan Bullah kena tahan dengan polis trafik, selepas disoal siasat di tepi jalan kami dilepaskan, mungkin atas alasan , kami dalam pakaian sekolah, kami memohon maaf, kami sudah lewat untuk kepercubaan spm akirnya dilepaskan tanpa apa imbuhan. alhamdulillah 

Zaman sekarang ..

Adik wawa (anak aku) ditahan dengan peronda, kesalahan cermin sisi kecil, selepas polis kata awak tahu apa kelasahan awak , dia jawab tahu, selepas beberapa minit disoal siasat, dan bebrapa perkara dibincangkan, polis kata kena saman ni, diajawab tak pa saman nanti ayah saya bayar dia duit banyak. akhirnya polis lepaskan tanpa saman. mudah je bagi budak2 sekarang. Bila balik cerita pada aku , aku berkata tak salah jawab macam tu cuma adik perlu lebih lembut dan sopan, pertama minta maaf, kedua saya baru balik kelas tambahan. Ketiga saya masih sekolah.

Alhamdulillah tak kena saman pengajaran dan pengalaman untuk anak aku Nursyafiqah Najwa bila berhadapan dengan situasi sedemikian, tarik nafas, bertenang , dan capak elok2. 

 
                 

                Macam mana polis tak tahan. Cermin sisi pun kecik. 

                   




No comments:

Post a Comment