Saturday, October 17, 2026

Kubang Badak Penuh Memori


 

Menyingkap kembali lipatan sejarah hidup, pada penghujung tahun 1995, sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan, aku mengambil keputusan untuk berhijrah ke Pulau Langkawi. Berbekalkan seribu impian dan harapan untuk mengubah nasib diri, aku menjejakkan kaki ke pulau legenda ini demi mencari rezeki.

Di sana, aku menumpang teduh di Kampung Kubang Badak tinggal bersama Ngah Usop. Kebetulan waktu itu Ngah tinggal seorang diri kerana anak-anaknya semua berada di asrama.

Di Kampung Ewa dan Kubang Badak, nama 'Lan' langsung tidak kedengaran. Orang-orang kampung mengenali dan memanggil aku dengan panggilan Awang. Nama yang dipanggil oleh orang kampung aku sejak kecil. Nama 'Lan' hanya wujud apabila aku berada di tempat kerja sahaja. Penduduk kampung di situ semuanya sangat baik dan ramah. Antara nama nama tidak pernah aku lupa anataranya  Paktam Baharom ,Bang Ya, bang lie (Boli) Bang Add . Bang Duan , Bang Ban dan ramai lagi.

 Di tempat kerja pula, muncul satu lagi gelaran unik. "Lan Lanun"—itulah nama usikan yang selalu meniti di bibir Bang Din (atau Pak Din). Arwah dahulu merupakan seorang penyelia landscape di tempat kerja aku, merangkap seorang imam muda di Masjid Ewa. Kenangan bersama arwah memang tidak akan aku lupakan. Yang selalu pangil kami anak luar Langkawi makan nasi dirumah beliau.(kenduri katanya) Semoga Arwah ditempatkan bersama para sollehin.

Takdir tuhan itu indah. Siapa sangka, minggu lepas aku dikejutkan dengan kehadiran seorang rakan lama dari Kampung Ewa yang datang ke tempat aku atas urusan seminar. Hindun. Kalau dikira-kira, sudah terlalu lama kami tidak bersua muka sejak aku berhenti kerja dari  The Andaman pada tahun 2002.

24 tahun! Angka yang bukan sekadar nombor, tetapi satu jangka masa yang amat panjang.


Petang itu berjalan seperti biasa. Sebelum pulang, sambil berdiri di kawasan lobi memerhatikan gelagat tetamu, tiba-tiba aku disapa oleh seseorang.

"Lan, hang kenai aku tak?"

Aku tergamam seketika. Mata aku merenung tajam raut wajah di hadapan aku. Sesaat kemudian, memori lama menerpa laju.

"Mau aku tak kenal... Hindun!" jawapku spontan sambil tersenyum lebar.

Sayangnya, waktu tidak menyebelahi kami untuk berbual panjang. Hindun dan rombongannya dari Langkawi sudah bersiap sedia untuk bergerak pulang.

Hindun... dialah insan yang suatu ketika dahulu bersama-sama aku sebagai kakitangan bahagian housekeeping. Bersama beberapa rakan yang lain, kami pernah mengecap dan berkongsi zaman kegemilangan bersama di The Andaman. Pertemuan singkat petang itu, walaupun cuma sekadar bertanya khabar, sudah cukup untuk menghidupkan semula memori indah 24 tahun yang lalu.



No comments:

Post a Comment