Saturday, October 24, 2026

Menghitung Hari

Setiap kali jumpa, soalan wajib dia mesti keluar punya. "Bangca, bila cek nak pi umrah?" Siap cerita yang dia dah habaq ustaz dia. 
Tapi dalam banyak-banyak solan, ada satu soalan yang betul-betul buat sentap dan meruntun jiwa:
"Bangca, napa jodoh cek lambat? Cek boleh doa tak di sana nanti...?"
Allahuakbar. Waktu dengar ayat ni, rasa tersentuh sangat. Kadang-kadang kita lupa, anak istimewa macam ni pun ada sekeping hati yang tahu rasa rindu, mahu disayangi, dan ada impian nak berteman macam orang lain. Insya-Allah, kat depan Kaabah nanti, doa lah puas-puas. Allah sentiasa dengar bisikan hati hamba-Nya.
Belum sempat kita nak layan sedih, tiba-tiba dia pusing tanya soalan plot twist yang bikin aku auto tersenyum balik:
"Bangca, sembayang jenazah ada duit hadiah tak?" 😊
Aduhai, hilang terus rasa syahdu tadi! Macam itulah gelagat dia. Kejap buat kita rasa nak nangis sebab sebak, kejap lagi buat kita gelak sorang-sorang dengan soalan macam ini. 
Apa-pun, kita doakan semoga urusan umrah dia dipermudahkan dari A sampai Z. Semoga impian dia nak jejak kaki ke Tanah Suci jadi kenyataan, dan segala doa yang tersimpan dalam hati dia makbul di sana nanti. Amin YRA.

No comments:

Post a Comment