Friday, January 27, 2023

Mak long Ayu


Maklong Ayu nama manja yang digunakan anak2 untuk memanggil Ayu (adik sepupu aku), seperti sedia maklum kehidupan kami agak serba kekurangan diawal 90an dahulu, walau pun ayu ni muda dari aku tetapi semasa dia kecil sempat juga la aku bermain dan mengasuh budak ni ketika Ndak DAH pergi padang. Masa berlalu aku pun dah mula bekerja dan dia masih bersekolah. masa aku berkahwin dia masih lagi bersekolah. Apabila dia tamat tingkatan 6 dan sambil menunggu keputusan peperiksaan, dia telah buat keputusan untuk bekerja dilangkawi dan tingal bersama aku, ini mungkin kerana keserasian dia dengan kak Ani dia,menyebabkan dia beranikan diri untuk ambil keputusan untuk tinggal bersama kami semasa dilangkawi. Walaupun sedikat was-was oleh pandak Yusri namun ayu berjaya meyakinkan ayah dia untuk dia keluar bekerja jauh dari keluarga. 

Apabila dia masuk je langkawi aku mula mencarikan dia kerja, ada 2/3 tempat dicadangkan mungkin tak bersesuian dengan dia. namun akhirnya, dia memilih untuk bekerja Mat Sirat Supermarket. 9 bulan juga dia berkerja disitu sehinggakan dapat membeli sebuah motosikal. Di awal pekerjaan aku bagi dia guna moto kapcai  EX5 (PCA 129) milik aku yang mana dah unzur, lampu depan diikat dengan getah dan lampu kejap menyala kejap tidak, tiada insuren mahupun cukai jalan, moto tiada berkunci, start terus jalan, hehehehehe,  berulang alik lah dia dgn moto itu untuk ketempat kerja. Tengah hari akan balik rehat kat rumah sambil tu akan singgah ambik tirah di tadika, macam2 jalan dia masuk sehingga sesat, ayu! ayu!. Boleh dikatakan anak2 aku semua mesra dengan dia dan aku berharap depa dapat membawa diri macam maklong Ayu.

Kadang2 lambat ke tempat kerja aku akan membebel, hanya yang pernah tinggal dgn aku je akan faham kenapa aku membebel, Kalau ada je iklan mana2 jawatan kosong kerajaan aku akan ambil keratan akhbar untuk balik tunjuk pada dia dan memujuk dia agar mencuba memohon, sehinggalah dia memohon untuk sambung belajar di UPSI. Alhamdulillah kini dah 15 tahun berlalu dan dia kini dan menjadi cikgu sejarah , aku harap nanti di boleh cerita kepada anak2 dia sejarah hidup dia dan kami semasa berada ditempat orang untuk menyara kehidupan. 


4 orang depa ni pernah tinggal sekali dengan aku dalam suatu masa. dan semua kena beletiaq kalau lambat pergi kerja.


Kenduri kahwin pakndak paizal rasanya

Mak long Ayu 

gambar ni masa permohonan UPSI kalau tak salah. 








No comments:

Post a Comment