Saturday, January 28, 2023

Umrah December 2022

 Setelah memasang azam bertahun2 untuk menjejakan kaki di Baitullah untuk memunaikan Haji dan Umrah, namun peluang itu makin nampak pudar berikutan sekatan dan syarat yang diletakkan oleh LTH dan kerajaan Arab saudi, bertitik tolak dari situ Mak dan Ayah makin hari makin berusia oleh yang demikian depa ambil keputusan untuk mengerjakan umrah terlebih dahulu kerana tak tahu bila panggilan haji akan menjemput depa. bermulalah mereka bertanyakan kawan2 sekampung untuk daftar umrah. namun macam2 cerita yang diperolehi tetapi tidak berdaftar juga. 

Untuk Ayah Lah pula setelah memerhati wang simpanan agak mencukupi,  di pula asyik berkata, "aku pejam malam2 duk nampak kaabah ja" ahhhh sudah, Tudia baru aku kalut, dia pula kata nk pergi umrah kalau boleh nak pi dengan Tok wan ya. dan dia selalu berdoa agar meninggal dan dikebumikan di Makkah.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk daftar depa pergi umrah dengan salah satu syarikat Treval yang berada di alor setar, tetapi slot untuk bulan Nov dan Dec semua sudah penuh, yang ada pada bulan January 23, bila balik cerita kat depa bertiga semua kata kalau boleh nak pergi tahun ni juga iaitu 2022. Akhirnya aku ke Jagung Mas Travel, tetapi jagung mas juga penuh, namun setelah berbincang, pihak travel kata kalau nak pergi juga boleh tetapi kena ikut Thailand, kerana ada 4 orang dari syarikat itu akan pergi ikut Thailand. Tanpa bertanya aku ambil keputusan setuju bagi depa pi ikut Thailand. Akhirnya berita depa nak pi umrah ni sampai ke telinga Cu Putih , dia pun bertanya ingin ikut serta dengan rombongan itu. Alhamdulillah kebimbangan aku berkurangan sedikit apa bila Cu putih bersunguh-sungguh nak pergi sekali dengan mak. 

Alhamdulillah syukur sangat semua urusan berjalan lancar sampailah hari depa untuk berangkat ketanah suci. riak wajah mereka semua tak sabar untuk berlepas, dalam tangisan terpancar kegembiraan, ini dapat dilihat kerana aku juga pernah alami perasaan ini satu masa dahulu. Akhirnya keempat empat depa berlepas seperti yang dirancangkan pada 16 Dec 2022 dan kembali ketanah air pada 27 Dec 2022. 


Airport Jaddah berlatar belakangkan Akuarium besar,
 Terima kasih banyak2  juga kepada Cu Putih yang dijentik hatinya untuk pergi umrah bersama mak dan ayah dan ayah lah  sesungguhnya jasa baik Cu  hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.  

                                                        Selesai Umrah 


       
                        

Makan Besar hehehehehe 


Aku berharap mereka diberikan kesihatan dan dilimpahkan rezeki untuk mereka menjejakkan lagi kaki di tanah haram yang dirindui sebagai Dhuyufurrahman sekali lagi,  dan kali ini aku juga berdoakan agar mereka diiringi oleh salah seorang atau lebih, dari kami adik beradik, dan cu putih diiringi kak angah atau pun Hakim. 





No comments:

Post a Comment