Monday, July 6, 2020

Wawasan 2020

Alhamdulillah akhirnya aku masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dibumi Allah pada tahun 2020, yang mana pada satu ketika semasa wawasan 2020 dilancarkan, aku sendiri berkata " tak tahu la 2020 tu sempat ke tidak" dan pada masa itu sering kali aku dan kawan2 berfikir masa 2020 Malaysia sudah maju dan macam mana keadaan dan kehidupan kita pada 2020, INILAH kehidupan aku sekarang dan rakyat malaysia yang lain  ☺☺☺.

Seperti biasa bangun seawal 6 pagi, siap untuk hantar anak2 kesekolah dan aku terus ketempat kerja, Sedikit perbezaan pagi ini adalah Angah aku perlu hantar kesekolah menengah bukan lagi sekolah rendah kerana Angah sudah pun 13 tahun (2020), mungkin org lain juga ada anak yang baru masuk ke sekolah menengah, tapi mereka mungkin tak rasa apa yang aku rasa,

Angah

bertubuh kecil , aku harap hati dia besar
dipandang orang suatu keanehan , aku berdoa dan berharap angah kuat
setiap langkah diperhatikan , aku berdoa dan berharap agar langkahnya menuju kejayaan
pada saat dipersenda, aku berdoa dan berharap angah sabar kerana ujian Allah berbeza- beza,

Apa yang aku pasti dia memang semangat tinggi, dan aku berharap kawan2 sentiasa membantu dia sepanjang persekolahan seperti mana aku dahulu dan dia boleh menyesuaikan diri,

Sepena wawasan 2020 malaysia menjadi negara maju, aku berdoa dan berharap seluruh keluarga dan zuriad aku terus maju sejajar dengan keperluasan semasa dunia dan akhirat.

Adik dan Angah 


Angah dan Kakak





No comments:

Post a Comment