Wednesday, May 16, 2018

Rezeki Ramadan

Esok seluruh umat islam di malaysia akan mula menjalankan ibadah puasa. Biasanya kerja2 mengambil Barang2 untuk diedarkan kepada keluarga yg memerlukan di kg aku akan dia ambil oleh adik aku .. namun oleh kerana hari ni dia ada kerja yg tk dapat di elakan tugas itu telah diamanahkan kepada aku untuk mengambilnya .. Apa bila sampai di rumah Haji (seorang penderma) aku lihat banyak stock makanan untuk  diagihkan kepada penduduk kg di kawasan penempatan aku . 

Kepala aku pun terus teringat kerja2 mcm ni lah yg aku lakukan 7 tahun lalu .. rasanya hampir 2 tahun aku diamanahkan untuk membeli barang dapur bagi satu keluarga di Langkawi (anak yatim) setiap bulan aku dan isteri akan menghantar bekalan dapur tersebut kepada keluarga wan (bukan nama sebenar) sehingga lah wan tersebut sampai umur 18 tahun . Alhamdulillah semua sumbangan itu di sembangkan oleh seorang insan yg berhati mulia.. dan keluarga wan itu aku sudah lama tk melawat sejak aku pindah ke kuantan.. Insya Allah jika berkesempatan akan aku melawat keluarga tersebut itu pun jika  masih tingal di situ lagi .. 

Balik kepada Barang2 Haji yg aku ambil tadi akan diagihkan oleh ayah aku untuk keluarga yg memerlukan disekitar kampung aku ..bagi membantu meringankan beban keluarga sepanjang ramadhan ini. ..kepada Haji dan Haji yg amanahkan pada aku masa kat Langkawi dulu ..aku doakan agar sentiasa dimurahkan rezeki.. hanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa baik kalian . .


Antara barang yg nk diagihkan

No comments:

Post a Comment