Saturday, May 26, 2018

Gantang & Batu

Walaupun cuti minggu tapi aku  berada ditempat kerja, bukan nak kata rajin tapi aku ada tugas hari ini hingga ke 10 malam,(MOD) boleh minta tolong kawan - kawan untuk gantikan tetapi aku tak nak menyusahkan mereka. 
Seperti biasa selepas habis rutin biasa setiap pagi akun pun terpacak didepan lobby menunggu ketibaan VIP dengan singkatan TSB. beliau dijadualkan sampai 8.15 pagi. Sambil menunggu aku melihat seketul batu yang diletak diatas meja kaunter zakat diruang lobby. 

Bila lihat kepada batu itu aku pun teringat gambar P Ramlee , hehehe ente nampak ini batu. senyumlah aku sorang2 teringat telatah tuan sarjana dan Syawal dalam filem Ahmad Albab. 
memeng lawak filem tu . 



Bila aku baca flyer yang ada di kaunter zakat tersebut aku terbaca perkataan Satu Gantang Baghdad 
ya aku tahu sebelum kita diperkenalkan dengan system metrik gantang dan cupak lah yang menjadi alat sukatan orang dulu dulu. 
Aku pun teringat watak aziz satar dalam filem Ali baba dan 40 penyamun. yang mana isteri dia kena pinjam gantang dari rumah kasim baba untuk sukat wang emas. Mungkin nama gantang baghdad itu di ambil nama sepena nama kota baghdad. (itu nanti aku tanya guru2) hehehe

Sebelum system metrik kilogram digunakan dulu. cara orang Islam mengeluarkan zakat fitrah dengan menggunakan gantang lah untuk menyukat beras yang hendak dikeluarkan zakat. Aku masih ingat lagi setiap kali bulan puasa ayah aku akan menyukat beras dan diletakan didalam bag plastik untuk diberi kepada guru2 agama kami. Bila aku dah besar sikit baru aku tahu yang gantang tu sebenarnya memang kami tak ada. ayah akan suruh aku atau pun adik man untuk pi pinjam dirumah tok wan omar. ( Arwah bapak suadara mak dan ayah aku). Baik orangnya. biasanya dia akan kata kat kami dua beradik, "hampa hantar balik lepas hampa sukat, aku tak larat nak pi ambil "hehehe. arwah ni alim sikit orangnya, tu bila aku teringat Ali baba , aku pun teringat kami kecil - kecil dulu macam tu la gantang pun kena pinjam. boleh kata satu kampung tu semua mai pinjam gantang rumah arwah.          ( Alfatihah untuk arwah.  semoga arwah ditempatkan bersama org beriman) 

Dah selesai sukat apa semua kami pun akan pi hantar pada Ustaz Ayob guru mengaji Al Quran, begitu lah saban tahun kadang ada juga kami bagi pada orang alim dan fakir,  sekitar penempatan kami.
Tapi kalau pasai sukat guna gantang sudah tidak diamalkan lagi dikawasan kampung aku, sudah ditelan zaman hanya ttingal kenangan. kebanyakan semua dah cari Amil yang dilantik oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah atau pun kalau ada yang masih memberi beras, mereka akan membeli beras yang siap di pack 2.6 kg bersamaan satu gantang baghdad, bersamaan RM 7.00.


Selamat menunaikan ibadah Zakat 
semoga ibadah kita diterima Allah S.W.T 


Al Fatihah untuk Arwah Tok Ahh (isteri Tok wan Omar)
dan semua arwah ahli keluarga ku yang telah kembali kerahmatullah. 
Semoga mereka di tempatkan bersama orang2 beriman. 






2 comments:

  1. hahaha boleh pulak tringt cita p.ramle

    ReplyDelete