Saturday, May 26, 2018

Dulu dan sekarang

Ramadhan dan masuk hari kesepuluh. Sempena cuti minggu aku ambil kesempatan untuk membawa isteri dan Anak2 untuk membeli persiapan hari raya.
Dari rumah kejitra ..masuk kedai keluar kedai masih tak berkenan dihati. Dgn suara agak perlahan kakak kata ayah jom pi kedah (kedah shopping centre). Hehehe demi layan ank2 aku pun jom no problem ayah cuti hari ini. Kami pun menuju ke alor setar pula. Sampai di kedah akhirnya jumpa la apa yg mereka inginkan emak dan anak. Alhamdulillah mereka happy. Dalam duk jalan pula angah pula berbisik .ayah jom pi yawata ( jitra) nak beli kasut kiki lala .. hehehe jawabnya ok la jom..
Sampai di yawata semasa angah dan adik memilih kasut ..kakak dan mak pilih bag tangan. Aku pun teringat zaman aku n adik2 nk beli kasut raya dulu2.
Kehidupan kami dulu agak miskin dari sepupu yg lain ayah aku cuma ada sebiji moto yang hanya boleh naik kawasan air hitam sahaja dan tk blh pergi jauh. Kalau nk ke alor setar lagi tk boleh la. Masa kami 3 beradik kalau ayah ada duit lebih sikit dia akan bawa kami naik teksi p beli kelengkapan raya.. kedai yg di tuju kedai cina area lorong sempit dan pekan rabulah tempat tumpuan. Kalau duit padi blh banyak baru ayah akan bawa kami pi kedah shopping centre..

Jika ayah kekurangan wang biasanya ayah akan tingal kami semua ayah akan pergi beli sendiri pakaian kami. Sebelom nak pi tu dia akan pangil kami utk ukur kaki sama ada dia ukur jengkal dengan jari dia atau pun dia akan ambil tali rapia untuk sukat kaki kami . Biasanya dia akan pergi dgn mak dan adik aku yg kecil pada masa itu.. tinggal aku dan adik man akan tunggu dirumah.

Tapi kini Anak2 zaman sekarang terutama ank aku.. siap boleh pergi sekali dan mampu ulang alik ketempat yang dihajati dan tak perlu ukur guna tali rapiaa lagi .. hanya pilih dan ukur mana yang di inginkan. Alhamdulillah ini adalah rezeki mereka. nikmat yang Allah bagi kepada aku dan keluarga aku.

Aku berharap suatu hari nanti bila meraka dah besar apa bila meraka membaca tilisan aku ini harap mereka bersyukur dengan apa yang mereka kecapi . Dunia akan berubah dari tahun ke tahun. Semoga mereka menjadi anak yang solehah . Aamiin

Kasut adik 


Kasut angah 

No comments:

Post a Comment