Dua bulan lalu, Aku membeli 20 ekor itik daging dan itik telor . Ini adalah kerana aku tahu bulan puasa dah dekat . Anak - anak aku dah tentu akan suruh tok wan mereka sembeleh ayam atau itik yg ada kat rumah. Itu pun tingal dah tak berapa ekor ..
Jadi aku pun beli la itik daging 15 ekor dan itik telor 5 ekor ..
Alhamdulillah dah dua bulan itik pun nampak sihat dan bulat ..
Seperti yg dijangkakan hari ini seekor itik daging telah disembeleh oleh mertua aku untuk anak - anak aku .. mujur la kakak tak makan ayam daging yang diproses, boleh juga kami makan ayam kampung atau itik .
Dulu kakak memang makan ayam daging yang di beli di pasar atau di pasaraya .. tetapi sejak 4 tahun lalu dia dah berhenti makan untuk berapa lama lagi pun tak tau lah ..
Ini adalah hasil laporan media yang selalu buat operasi di tempat penyembelehan yg mana media selalu membincangkan tentang kebersihan dan cara tempat penyembelehan tersebut dikendalikan ..
Hingga kan KFC pun dah 4 tahun kakak tak makan ..tapi adik2 masih makan macam biasa .. nasib kau la kakak .. makan la kentang putar sahaja la kalau pergi KFC ..
Berkenaan itik telor pula .. sehingga sekarang masih belom ada hasil lagi.. mungkin muda lagi ..
hahaha ternak lh itik bnyk2, tembun bulat2 itik pn ���� untung kakak x mkn ayam kfc jimat2������
ReplyDeleteAlhamdulillah . Jimat dan nikmat hidup d kampung ..blh memternak ...Heheheh
ReplyDelete