Jadi, set mandi kat temurun,sampai saja kawasan parking ada dah mamber jemput kedatangan aku sekeluaga, yg bestnya depa duk tengok bekai yg aku bawa saja,depa ni tolong makan boleh laaaa, aku ligan, depa genyeh,aku ligan depa genyeh,,,,beruk betul la depa ni.
Aduh nak panjat tangga ni yg tak tahan,bekai kena bawa, anak kena dukung, lenguh la jugaaaa, bila aku tengok mat saleh ni ambil gambar bini dia aku pun terlintas dalam kepala otak, mesti mat saleh ni tengok gambar Musang berjanggut, guna payung dalam hutan, untuk jaga keselamatan, daripada dipatuk ular ataupun ada ranting kayu jatuh,,,memang geliga otak P.Ramlee, mat saleh pun ikut nasihat dia,,,,
Yang duk kut atas batu tu budak 2 melayu kita la, memang berani, pak arab yg angkat tangan tu pun tak berani nak naik ,depa berani,,, lepas tu plit kut belakang pulak tu,,,memang hebat,, tapi ada silap sedikit sebab depa ni hanya berani terjun kat sini sahaja, jaguh kampung, kalau depa ada kehendak tentu depa dah jadi penerjun negeri kedah. Entah di mana silapnyaaaaa?
Cantik pemandangan air terjun Temurun ni, tambah pulak berada di kawasan hutan Gunung Mat Chincang. Sebut pasai hutan, kehidupan hutan ni ada la sedikit persamaan macam kita juga, contohnya kita ada yg duduk rumah satu tingkat, ada dua tingkat, ada epartment yg tinggi2 ada kondominium dan macam2 lagi, hutan pu sama juga.
Lantai hutan: Lapisan ini adalah kawasan yg gelap dan kurang menerima sinaran cahaya matahari. Pokok herba,rumpai ,belukar dan anak2 benih pokok akan tumbuh dikawasan yg mendapat cahaya.
Lapisan bawah hutan: hutan di peringkat ini lain sikit sebab pokok tak berapa besar, sebab dia hidup di kawasan yg tertutup, sesetengah dari mereka melambatkan tumbesaran dan menunggu pokok yang lebih besar mati.
Lapisan selira : hutan lapisan ini merupakan atap, dan memberikan hutan warnanya hijau dan kebiruan jika dilihat dari jarak jauh.
Lapisan Unggul : lapisan ini selalunya ia terdedah kepada angin yg kuat, dan ribut kencang. Cuba kita bayangkan bagai mana depa menhadapinya? Begitulah dalam mana2 organisasi, keluarga, masyarakat,tempat kerja, atau pun negara. hehehe hujah la pulak aku ni. Aku nak cerita keindahan hutan dan air terjun sahaja.
Lapisan Unggul : lapisan ini selalunya ia terdedah kepada angin yg kuat, dan ribut kencang. Cuba kita bayangkan bagai mana depa menhadapinya? Begitulah dalam mana2 organisasi, keluarga, masyarakat,tempat kerja, atau pun negara. hehehe hujah la pulak aku ni. Aku nak cerita keindahan hutan dan air terjun sahaja.
No comments:
Post a Comment