Tuesday, February 6, 2024

48 Tahun

 



                                                                        Demi Masa 

Masa bergerak dengan pantas sekali, Tahun 2024 datang membawa perkhabaran yang aku dah masuk 48 tahun, masyaallah. pejam celik dah februari.(Rejab 1445)






Adik Nazreen lebih dikenali dgn Assalamualaikum. itulah keistimewaan adik ni sbb mulut dia jika jumpa semua kawan ditempat kerja mulut dia akan keluar dgn ucapan salam. bagus nazreen ni. 

                                                             


                     

Sunday, September 17, 2023

KOPITIAM

 

KOPITIAM 

Kebiasaanya bila cuti aku dan anak-anak akan bersarapan diluar, seperti biasa setelah dipersetujui KOPITIAM Telok Wanjah menjadi pilihan, tapi kali ini depa berjaya memujuk tok dan tok wan untuk ikut sekali. 

Tujuan selain sarapan adalah untuk menunjukan kepada tokwan bahawaanya tempat dulu-dulu yang mana dikenali sebagai seten bas baru adalah tempat untuk kami berulang alik dari air hitam ke alor setar, dengan menaiki bas ( Bas seri kedah & Bas Gunong)  yang kini dah bertukar wajah menjadi sebuah kedai makan yang dikenali dgn kopitiam. 

Dibelakang stesen bas ini terdapat 1 banggunan Mara, yang mana dulu ada sebuah sekolah swasta (Sek Men  Nasriah) sekolah yang menjadi tempat untuk aku dan kawan-kawan yang seperti aku yang mana terkandas dalam SPM @ STPM. hahahaha tu la masa sekolah bantuan kerajaan aku tak nak belajar betul, bila dah tak lepas terpaksalah mengharugi kepayahan ini, masa dan wang ringgit. 


Telah Berubah Wajah 

Masih aku ingat lagi dulu (1994/1995) kalau tambang dari air hitam ke alor setar RM 1.10 untuk sehala bayangkan kalau pergi balik, dah RM 2.20. Bagi menjimatkan wang aku terpaksalah beli tiket secara bulanan yang mana pada masa tu kalau tak salah RM 19.00.  begitulah peritnya ayah dan mak membanting tulang mencari duit untuk aku sekolah. Bermacam macam kerja dilakukan, kelaut , berkebun, buat bendang, ampil upah menyulam, kaut padi dan macam- macam lagi, 



Tiket Bas : RM 19.00
Yuran Sek: RM 45.00
Duit Makan: RM 1 x 22 hari = RM 22. kadang kadang bawah lebih dan kadang ada hari yang kurang.
Belum lagi duit untuk buku rujukan dan potosted bahan belajar.
Jumlah keseluruhan perlu ada lebih kurang RM 100.00 untuk aku seorang,  

Begitulah setiap kali aku datang sini aku akan teringat zaman kesusahan atau kemiskinan yang ayah dan mak tempuhi demi memberi pelajaran kepada aku.  


Sebelum makanan sampai ayah seperti biasa akan jalan-lan melihat suasana dalam kopitiam dan sekitar banggunan itu. 


Alhamdulillah semua makanan mak kata sedap. boleh bawa mai lagi la lepas ni. 



Saturday, January 28, 2023

Umrah December 2022

 Setelah memasang azam bertahun2 untuk menjejakan kaki di Baitullah untuk memunaikan Haji dan Umrah, namun peluang itu makin nampak pudar berikutan sekatan dan syarat yang diletakkan oleh LTH dan kerajaan Arab saudi, bertitik tolak dari situ Mak dan Ayah makin hari makin berusia oleh yang demikian depa ambil keputusan untuk mengerjakan umrah terlebih dahulu kerana tak tahu bila panggilan haji akan menjemput depa. bermulalah mereka bertanyakan kawan2 sekampung untuk daftar umrah. namun macam2 cerita yang diperolehi tetapi tidak berdaftar juga. 

Untuk Ayah Lah pula setelah memerhati wang simpanan agak mencukupi,  di pula asyik berkata, "aku pejam malam2 duk nampak kaabah ja" ahhhh sudah, Tudia baru aku kalut, dia pula kata nk pergi umrah kalau boleh nak pi dengan Tok wan ya. dan dia selalu berdoa agar meninggal dan dikebumikan di Makkah.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk daftar depa pergi umrah dengan salah satu syarikat Treval yang berada di alor setar, tetapi slot untuk bulan Nov dan Dec semua sudah penuh, yang ada pada bulan January 23, bila balik cerita kat depa bertiga semua kata kalau boleh nak pergi tahun ni juga iaitu 2022. Akhirnya aku ke Jagung Mas Travel, tetapi jagung mas juga penuh, namun setelah berbincang, pihak travel kata kalau nak pergi juga boleh tetapi kena ikut Thailand, kerana ada 4 orang dari syarikat itu akan pergi ikut Thailand. Tanpa bertanya aku ambil keputusan setuju bagi depa pi ikut Thailand. Akhirnya berita depa nak pi umrah ni sampai ke telinga Cu Putih , dia pun bertanya ingin ikut serta dengan rombongan itu. Alhamdulillah kebimbangan aku berkurangan sedikit apa bila Cu putih bersunguh-sungguh nak pergi sekali dengan mak. 

Alhamdulillah syukur sangat semua urusan berjalan lancar sampailah hari depa untuk berangkat ketanah suci. riak wajah mereka semua tak sabar untuk berlepas, dalam tangisan terpancar kegembiraan, ini dapat dilihat kerana aku juga pernah alami perasaan ini satu masa dahulu. Akhirnya keempat empat depa berlepas seperti yang dirancangkan pada 16 Dec 2022 dan kembali ketanah air pada 27 Dec 2022. 


Airport Jaddah berlatar belakangkan Akuarium besar,
 Terima kasih banyak2  juga kepada Cu Putih yang dijentik hatinya untuk pergi umrah bersama mak dan ayah dan ayah lah  sesungguhnya jasa baik Cu  hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.  

                                                        Selesai Umrah 


       
                        

Makan Besar hehehehehe 


Aku berharap mereka diberikan kesihatan dan dilimpahkan rezeki untuk mereka menjejakkan lagi kaki di tanah haram yang dirindui sebagai Dhuyufurrahman sekali lagi,  dan kali ini aku juga berdoakan agar mereka diiringi oleh salah seorang atau lebih, dari kami adik beradik, dan cu putih diiringi kak angah atau pun Hakim. 





Friday, January 27, 2023

Mak long Ayu


Maklong Ayu nama manja yang digunakan anak2 untuk memanggil Ayu (adik sepupu aku), seperti sedia maklum kehidupan kami agak serba kekurangan diawal 90an dahulu, walau pun ayu ni muda dari aku tetapi semasa dia kecil sempat juga la aku bermain dan mengasuh budak ni ketika Ndak DAH pergi padang. Masa berlalu aku pun dah mula bekerja dan dia masih bersekolah. masa aku berkahwin dia masih lagi bersekolah. Apabila dia tamat tingkatan 6 dan sambil menunggu keputusan peperiksaan, dia telah buat keputusan untuk bekerja dilangkawi dan tingal bersama aku, ini mungkin kerana keserasian dia dengan kak Ani dia,menyebabkan dia beranikan diri untuk ambil keputusan untuk tinggal bersama kami semasa dilangkawi. Walaupun sedikat was-was oleh pandak Yusri namun ayu berjaya meyakinkan ayah dia untuk dia keluar bekerja jauh dari keluarga. 

Apabila dia masuk je langkawi aku mula mencarikan dia kerja, ada 2/3 tempat dicadangkan mungkin tak bersesuian dengan dia. namun akhirnya, dia memilih untuk bekerja Mat Sirat Supermarket. 9 bulan juga dia berkerja disitu sehinggakan dapat membeli sebuah motosikal. Di awal pekerjaan aku bagi dia guna moto kapcai  EX5 (PCA 129) milik aku yang mana dah unzur, lampu depan diikat dengan getah dan lampu kejap menyala kejap tidak, tiada insuren mahupun cukai jalan, moto tiada berkunci, start terus jalan, hehehehehe,  berulang alik lah dia dgn moto itu untuk ketempat kerja. Tengah hari akan balik rehat kat rumah sambil tu akan singgah ambik tirah di tadika, macam2 jalan dia masuk sehingga sesat, ayu! ayu!. Boleh dikatakan anak2 aku semua mesra dengan dia dan aku berharap depa dapat membawa diri macam maklong Ayu.

Kadang2 lambat ke tempat kerja aku akan membebel, hanya yang pernah tinggal dgn aku je akan faham kenapa aku membebel, Kalau ada je iklan mana2 jawatan kosong kerajaan aku akan ambil keratan akhbar untuk balik tunjuk pada dia dan memujuk dia agar mencuba memohon, sehinggalah dia memohon untuk sambung belajar di UPSI. Alhamdulillah kini dah 15 tahun berlalu dan dia kini dan menjadi cikgu sejarah , aku harap nanti di boleh cerita kepada anak2 dia sejarah hidup dia dan kami semasa berada ditempat orang untuk menyara kehidupan. 


4 orang depa ni pernah tinggal sekali dengan aku dalam suatu masa. dan semua kena beletiaq kalau lambat pergi kerja.


Kenduri kahwin pakndak paizal rasanya

Mak long Ayu 

gambar ni masa permohonan UPSI kalau tak salah. 








Monday, July 6, 2020

Wawasan 2020

Alhamdulillah akhirnya aku masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dibumi Allah pada tahun 2020, yang mana pada satu ketika semasa wawasan 2020 dilancarkan, aku sendiri berkata " tak tahu la 2020 tu sempat ke tidak" dan pada masa itu sering kali aku dan kawan2 berfikir masa 2020 Malaysia sudah maju dan macam mana keadaan dan kehidupan kita pada 2020, INILAH kehidupan aku sekarang dan rakyat malaysia yang lain  ☺☺☺.

Seperti biasa bangun seawal 6 pagi, siap untuk hantar anak2 kesekolah dan aku terus ketempat kerja, Sedikit perbezaan pagi ini adalah Angah aku perlu hantar kesekolah menengah bukan lagi sekolah rendah kerana Angah sudah pun 13 tahun (2020), mungkin org lain juga ada anak yang baru masuk ke sekolah menengah, tapi mereka mungkin tak rasa apa yang aku rasa,

Angah

bertubuh kecil , aku harap hati dia besar
dipandang orang suatu keanehan , aku berdoa dan berharap angah kuat
setiap langkah diperhatikan , aku berdoa dan berharap agar langkahnya menuju kejayaan
pada saat dipersenda, aku berdoa dan berharap angah sabar kerana ujian Allah berbeza- beza,

Apa yang aku pasti dia memang semangat tinggi, dan aku berharap kawan2 sentiasa membantu dia sepanjang persekolahan seperti mana aku dahulu dan dia boleh menyesuaikan diri,

Sepena wawasan 2020 malaysia menjadi negara maju, aku berdoa dan berharap seluruh keluarga dan zuriad aku terus maju sejajar dengan keperluasan semasa dunia dan akhirat.

Adik dan Angah 


Angah dan Kakak





Sunday, August 25, 2019

Emping dan Nyoq Kukuq

      Pagi ini dalam perjalanan aku ke tempat kerja, tetiba emping dan Nyoq kukuq terlintas dalam benak kepala aku, sejak dulu lagi setiap kali aku teringat impin ataupun tenampak impin dijual dimana- mana secara automatik fikiran aku akan teringat pada lesong hindik yang berada dirumah tokwan zain masa aku kecil2 dulu. Pada masa tu aku pun masih budak2 lagi , ingat2 lupa dan aku tak rasa adik2 sepupu aku yang peringkat bawah dari aku sempat tengok lesong tu, heheheh maklumlah tahun 80an mana nak ada camera lagi Ndak, Pak tih dan Cuyah hehehe kalau ada pun kena pinjam yang orang. kalau masa tu ada camera tentu dah banyak gambar nostalgia akan keluar, kikikik 😂😂😂😂. kalau tak salah aku satu petak padi tokwan akan tanam dengan padi pulut,dangan padi pulut tu lah disimpan dalam jelapang untuk kegunaan sepanjang musim. sedikit dihantar kekilang untuk dijadikan beras pulut, padi yang sedikit muda akan dibuat emping, petang2 akan ada la anak menantu ketika itu akan tolong tok piah tumbuk padi, tapi apabila keluarga dah sedikit maju (kuasa membeli) akhirnya aku tak ingat tahun bila lesung hindik itu dimusnahkan, kalau tak salah aku tokwan nak buat rumah kot tu yang buang lesong tu ,

lesong tu lebih kurang macam ni la tapi yang tok wan buat elok lagi rasanya (gambar dari google) 
Tok wan zain memang tidak dapat dinafikan hasil seni kayunya, masa dia kuat dan muda kalau dengar cerita dia macam2 dia buat hasil dari kayu kayan, rumah, perahu, sarung pisau, dan macam2 lagi, Ada satu tongkat Khatib semasa berkhutbah yang dia buat aku rasa ada kat masjid Sg korok, aku tengok masa dia buat tu, tapi aku tak tahu secara tepat imam masjid mana yang suruh dia buat, sama ada kubang sepat atau sg korok, tapi bila aku duk tengok tongkat di masjid aku rasa itu hasil tangan tok wan, sebab tok wan kata dia bagi kat Hj umar, (hj umar imam sg korok masa tu), Setiap kali aku tengok tongkat itu aku akan teringat tokwan.(ilmu yg bermanfaat)

Alfatihah untuk arwah tok wan 



Masuk saja pejabat, selepas pantau sekejap kawan2  aku pun minta izin boss untuk keluar beli sarapan, Ke nat taman aman la aku pergi cari emping heheheh. Impin pun telah dikomersialkan la ni, dulu kami makan emping dengan nyoq sahaja , lani depa jual siap letak jagung rebus lagi,  menarik juga.

RM 2.00 banyak ni pun 
Untuk budak2 sekarang memang tak akan rasa nikmat makan emping ni, anak2 aku pun tak makan emping ni . Zaman telah merubahkan segalanya, dari sekecil - kecil perkara hingga kebesar perkara.





Saturday, August 24, 2019

Belajar Memandu

Tamat SPM pada penghujung 1993 , aku dan kawan2 ( farizan, chahrin dan Bullah) telah bepakat untuk cari kerja sementara menunggu keputusan keluar, Alhamdulillah akhirnya Farizan bagi tahu yang dia telah dapatkan kerja untuk kami di ITM Arau ( masa itu belum dinaik taraf ke Universiti lagi) Kami dapat kerja sebagai pembantu kantin. Masing2 memang teruja gila laaaaa, baru nak masuk alam pekerjaan dan dapat gaji bulanan. Tuan kantin ( Abg fauzi atau ramli tak berapa ingat dah nama  dia) arahkan kami agar tinggal sekali dengan dia senang untuk kepasar dan ketempat kerja. maka tinggalah kami berempat dengan tokey di Taman Seri Manis sebelah hospital Kangar. hehehe tempat kerja di Arau jauhhh oooo pada masa tu kami anggap.

Dari kiri Chahrin (pak long), aku , farizan(mat cong), bulah

 Dalam kami berempat hanya Farizan sahaja ada lesen kereta yang lain kereta pun tak boleh bawa lagi 😆😆😆😆😆. apabila kami dah mahir kepasar dan ketempat kerja abg fauzi pun arah kami untuk ketempat kerja dan balik sendiri dengan van yang dia sedikan. hehehehe syok laaaa tokey tak ada kami jeee dalam van tu. maka bermulah lah aktiviti kami untuk belajar memandu dengan farizan. Biasanya kami yang lelaki akan balik last sekali , selepas Abg fauzi dan isteri dia balik, kami lah akan cuci kantin dan simpan semua barang, kami akan cepat2 selesaikan kerja, bila dah selesai sebelah kantin kami ada kawasan padang yang keluasanya cukup untuk kami belajar bawa van ..step yang pertama dia ajar masuk gear 1&2 pusinggggggg dulu sampai cekap control minyak dan stereng, setiap hari silih berganti kami akan pusing padang itu dgn ditemani farizan. bila dah cekap sedikit dia bagi kami bergilir bawa balik dari arau ke kangar,, hehehe tengah malam kereta mana banyak lagi tahun tuuuu, memang senag laaa kami pusing2 dalam pekan kangar. Darah muda dan gila stereng memang syok laaaa. Itu lah pengalam pertama aku bawa kereta/van dan farizan lah guru aku, Alhamdulillah Farizan kini dah jadi Pegawai polis yang berpangkat besar. Pak long pula bertugas dengan AADK cawangan langkawi, Bullah dengan perniagaan sendiri yang sudah berkembang di Putrajaya, Aku pula macam ni laaa hehehe 💗💗😊😊😊 Alhamduliullah  bersyukur dengan apa yang aku ada dan kecapi selama ini.


baru ni kakak habaq " boder mak dgn adik dah tamat tempoh" Gambar ni  masa pi Dannok

Kakak yang dah tinggi dari ayah dah.


Kini Kakak dah berusia 17 tahun dah sampai masanya aku ajar dia bawa kereta dan memiliki lesen memandu, Setiap kali aku ajar dia akan aku cerita  pengalaman pertama aku bawa kereta, Alhamdulillah Akirnya kakak boleh dah bawa kereta cuma tunggu lepas SPM akan aku hantar dia ke selolah memandu untuk dapatkan lesen, Bila aku sakit baru2 ni dia dah blh bawa kereta untuk balik Tepi Laut, Dah besar dah anak aku , cepat sungguh masa berlalu, Masih terbayang masa dia kecil dulu mak dia belajar kereta tetapi brek terkejut la sikit terus dia tak mau naik dengan mak dia, dan itu jugalah kali terakhir mak dia belajar kereta, hehehehe Allah ☺☺☺,